Mahkamah hati ♥ ♥ ♥

Bismillahirrahmanirrahim..

:: Mujurlah dosa itu tidak berbau , jika tidak…Tiada siapa yang sudi mendekati kita ::

Bukankah kita sering diperingatkan, berani kerana benar, takut kerana salah? Benar itu sumber keberanian. Salah itu punca ketakutan. Jangan dibiarkan hidup  dalam ketakutan, akibat terus menerus melakukan kesalahan. Bersalah menimbulkan rasa bersalah. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi bersalah kepada ALLAH.

Mahkamah pengadilan itu ada tiga. Pertama, mahkamah di dunia; yang mana saksi, pendakwa, dan hakimnya adalah manusia seperti kita juga. Kekadang, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia itu dapat diperdayakan.

Telah sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Justeru, masyhurlah kata hukama, tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini. Justeru sering bolos, bilis sahaja sering digilis.

Kedua, mahkamah di akhirat, yang hakimnya ALLAH yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar akan menang, yang salah pasti akan kalah. Akan ketara segalanya walau bagaimana pandai sekalipun bersilat kata.

Ketika itu, tidak payah didatangkan saksi atau pun barang bukti kerana apa yanag ada pada diri akan ‘hidup’ untuk menjadi saksi. Kulit, tangan, kaki, dan segala anggota akan bercakap. Rupa-rupanya body yang kita jaga ,elus dan belai kinu , akan mendakwa kita di Masyhar nanti. Dan di sanalah akan tertegak keadilan hakiki.

Ketiga ialah mahkamaha hati. Saksi, pendakwa dan hakimnya adalah hati sendiri. Hati kecil yang sentiasa bersuara walaupun dipendamkan oleh tuannya. Protesnya terhadap perlakuan  dosa sentiasa bergema dalam rahsia. Fitrah sucinya akan menjerit. Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya ke penjara jiwa yang lebih menyakitkan jika tidak terus terusan diabaikan.
Ya, dosa boleh disembunyikan daripada pengetahuan manusia, tetapi tidak akan disembunyikan daripada ALLAH dan hati sendiri. Kita mungkin mampu menipu manusia, tetapi  kita tidak akan menipu ALLAH dan hati sendiri. Jadi, ke mana lagi kita ingin menyembunyikan diri ketika dipanggil untuk dibicarakan di mahkamah hati.? Setiap masa, setiap ketika , dan di setiap suasana , hati kecil akan bersuara. Ia tidak akan tega dengan kesalahan, tidak rela dengan kemungkaran.

Dosa itu derita kerana dosa itu sangat memberi kesan kepada jiwa. Bila kita berdosa, hakikatnya kita melakukan ‘dua pelanggaran’. Pertama, perlanggaran atas fitrah hati yang tabi’I . Kedua, perlanggaran terhadap ALLAH , zat yang Maha Tinggi. Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan.

Jangan dilawan fitrah sendiri yang menyukai kebaikan dan membenci kejahatan. Fitrah ini adalah kurniaan ALLAH , yang dengannya seseorang boleh menerima pengajaran dan didikan. Jika fitrah sukakan kebaikan itu disubur,dididik, dan dipimpin, maka jalan hidup akan harmoni dan bahagia. Sebaliknya, jika fitrah yang baik itu dibiarkan, diabaikan apatah lagi jika ditentang, maka tidak aka nada lagi kebaikan dan ketenangan. Jadi, jagalah hati agar hati itu tidak mati.

Rasulullah SAW sangat arif tentang hakikat ini. Justeru, apabila beliau ditanyakan, apakah itu dosa? Baginda menjawab :
“ Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka melihat orang lain melihat kamu melakukannya “.

Oleh itu, awaslah wahai diri. Dosa itu adalah racun. Bahananya akan merosak perlahan lahan atau mendadak.  Mujurlah dosa itu tidak berbau , jika tidak…Tiada siapa yang sudi mendekati kita..
Justeru, sering seringlah bersidang di mahkamah hati . Selalulah bertanyakan hati keci sendiri. Hati itu tidak akan berdusta selagi ia tidak mati ! ALLAH sentiasa dekat denganmu, sekalipun ketika bersendirian.

~ Wallahua’lam ~


::Sharing is Caring::

11 comments:

  1. suka entri ni sgt2.. mahkamah manusia boleh ditipu..

    ReplyDelete
  2. @MIMIE AIZA thanks dear.. btol 2 mahkamah mnusia blh dtipu tp mahkamah ALLAH x blh ditipu ^^

    ReplyDelete
  3. moga hati kita kuat untuk menjadi seadil-adilnya

    ReplyDelete
  4. nice entry ... mahkamah manusia...pnuh dgn penipuan

    ReplyDelete
  5. nice entry......

    mgkin blh tukar color tulisan entry...sebab mcm tenggelam dgn b/ground.. :)

    ReplyDelete
  6. badan lawa2 pun dia yg dakwa kita nnti...nice entry, kena betul dgn musik latar dia :D

    abu
    http://ashgive.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. @Anonymous hehe.. betul 2..biar hati lawa xpe.. ^^

    ReplyDelete