Belajar tawakal daripada semut!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..Misi 30 hari mencari cintanya..Kini tinggal 15 hari lagi.. Harap semuanya berjalan lancar dengan berkat dari ILAHI,insyaALLAH..amin ^^*

Semester break ni saya cuba menghabiskan buku nukilan Pahrol Mohd Juoi..Tertarik dengan sub topic dalam buku ni ‘ BELAJAR TAWAKAL DARIPADA SEMUT ‘..Meh kita share ilmu sama-sama ^^

Beliau  menceritakan  perihal  komunikasi  yang pernah berlaku  antara semut dan Nabi Sulaiman.
Begini ceritanya..

Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukan untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum. Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut dalam satu botol dengan diletakkannya gula sebesar sebutir  gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.

Cukup  tempoh  setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati  hanya separuh separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata  ia perlukan makanan sebesar sebiji buah gandum.

Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol, rezekinya dijamin sepenuhnya oleh ALLAH dan dia yakin ALLAH pasti mencukupkan rezekinya . Oleh sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu. Tetapi apabila dikurung oleh manusia ( Nabi Sulaiman ), dia mengambil langkah berjaga jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat prihatin manusia. Mana tahu kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa yang akan terjadi nanti?

Ertinya, semut lebih yakin dengan jaminan ALLAH ketika di luar botol berbanding jaminan manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah semut mengambil langkah berjimat cermat yakni dengan memakan hanya separuh sahaja daripada apa yang diperlukan dalam masa setahun, agar jika berlaku sesuatu di luar jangkaan, dia mampu bertahan. Masih ada baki makanan yang boleh digunakan.

Moral of the story is :
Inilah sifat tawakal dan ikhtiar  yang kita boleh pelajari daripada semut. Jangan sekali-kali bergantung kepada sesame makhluk dalam soal rezeki, sebaliknya bergantunglah kepada ALLAH. Kalau ada pihak yang berkata, saya jamin bekalan makanan atau simpanan petrol akan sentiasa mencukupi untuk sekian-sekian tahun…jangan terlalu yakin. Sebaliknya bertawakallah kepada ALLAH dan berikhtiarlah dengan keupayaan sendiri. Jika tidak, kita akan dikecewakan. Jadilah seperti semut itu .



P/S : Kisah semut dan Nabi Sulaiman ini sangat menarik. Pasti ada mesej dan signal daripada ALLAH untuk semua  hambanya mengapa kita perlu hayati kisah ini..Hakikatnya, tidak kira sama ada sultan,menteri,majikan,buruh,mufti dan sesiapa sahaja dapat belajar kejituan tawakal dan kegigihan ikhtiar…daripada seekor semut !













































::Sharing is Caring::

20 comments:

  1. pasnie,nak blaja dr semut
    xmau bunh2 die
    hehe :D
    entry menarik akq
    thx sharing

    ReplyDelete
  2. @farah hanim hehe..meh2 blaja dpd semut ^^
    most wcme dear..

    ReplyDelete
  3. sgt suka nukilan Pahrol Mohd Juoi~ =)

    ReplyDelete
  4. nice entry..
    kene sentiasa bertawakal kepada Allah..

    new entry:
    http://ai-aydil.blogspot.com/2011/08/pasti-ada-hikmah-disebaliknya.html

    ReplyDelete
  5. hehehe....pasneyh nak tengok jer semut...=)

    ReplyDelete
  6. nice one(:

    http://hafizilmi.blogspot.com/​2011/08/followers-tu-penting-k​er.html

    ReplyDelete
  7. hee,suke nye dgar cite2 mcm ni.thanks share ye dear. :)

    kdg2 kte kne bsyukur jugak kan dgan ape yg ALLAH nak bg pada kite.

    ReplyDelete
  8. selain itu semut juga rajin bekerja, banyak benda kita boleh belajar daripada semutkan..subhanAllah..=)

    ReplyDelete
  9. @Anak Wak Mail A'ah semut rajin, bekerjasama..Byk bbnda boleh blaja dpd semut..sokong pndapat awk ^^

    ReplyDelete
  10. yup.penah dgar cter nie dlu..semut yg sentiasa bekerjasama antara satu sama lain dan gigih xpenah kenal putus asa..mahmudah ;)

    ReplyDelete
  11. nice entry.

    suke sangat bace.

    semut mmg rajin dan selalu bekerjasama.
    sama2 ambik pengajaran :)

    ReplyDelete
  12. @Cik Bell exactly dear..jom jd cam cemut neh ^^

    ReplyDelete
  13. @Nurul Iman Rosman yup..semut rajin..kite kne jd cam cemut la kan ^^

    ReplyDelete
  14. kisah2 dlu semuanya ada iktibar d sbalik

    ReplyDelete