:: Memaafkan lebih mulia ::


Bismillahirrahmanirrahim..


Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri sendiri..Hidup terlalu singkat untuk membenci..Sucikanlah hati mencari ILAHI..

Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain….Itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Pujuk dirimu bahagia apabila melihat musuh-musuhmu juga bahagia. Walaupun pernah disakiti seali, kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenangkan perbuatan mereka. Dan paling derita, jika kau merasakan mereka sedang membina istana kebahagiaan di atas tapak kedukaanmu..

Wahai diri, ingatlah..segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin ALLAH jua.Jika datang orang ‘menghadiahkan’ air mata ,bermakna ALLAH sedang mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi “sebab”, lihat dengan mata hati yang ALLAH menjadi kan penyebab kepada sesuatu itu berlaku. Jika kau disakiti oleh dia, DIA sedang mengajarmu erti 
redha..

Bahagialah dengan kebahagiaan orang lain. Terimalah hakikat kita bukan Tuhan yang mencatur rezeki dan nikmatuntuk hamba-hambaNYA. Jangan kau tanyakan mengapa dia dilebihkan,aku dikurangkan?

Di sini tidak lama. Di sana jua tempat berehat segala penat. Keyakinan terhadap hari akhiratakan menyebabkan kita kuat menghadapi tipuan dunia. Keimanan kepada TUHAN akan menimbulkan rasa sabar menghadapi kerenah insan.

Belajarlah daripada Nabi Yahya a.s dan Zakaria a.s yang digergaji mati tanpa dapat melihat bunga-bunga kemenangan. Belajarlah daripada Sumaiyah dan Yassir yang terbunuh tanpa sempat melihat daulah islamiah dan empayar Islam berkembang..

Mereka tidak mendapat kemenangan..tetapi mereka tidak hilang ketenangan!

Sedarilah! Yang tercabar bukan harga dirimu tetapi keegoanmu Harga diri itu milik kita selamanya. Tidak akan luput dan dicabut oleh orang lain. Jangan bimbang kita tidak dihargai, tetapi bimbanglah jika kita benar-benar  tidak berharga. Di mata siapa? Di mata sendiri. Namun, ego itulah yang selalu menuntut pengiktirafan dan sanjungan.

Wahai diriku….
Mulakanlah langkah mencari bahagia dengan merasakan bahagia melihat kebahagiaan orang lain. Langkah pertama itu memberi maaf. Namun terlalu rasanya untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata nista.

Masih terbayang segala tingkah dan perlakuan. Wajah ‘orang bersalah’ itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan maruah diri. Ahhhh..apakah maruah ini terlalu murah untuk disorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit apabila mengenangkan ‘musuh-musuh’ itu tersenyum dengan kemenangan.

Namun itu hanya bisik ‘hati besarku’ yang melantunkan suara ego dan marah..Tetapi jauh dari dalam diri…ada suara lain yang bergetar..’Hati kecil’ yang tidak jemu-jemu mengingatkan..’Maafkan..lupaka,..cintakan..sayangkan..’. Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri.

Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa dengan sebuah firman:
“ Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nescaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudaramu” – Surah Fussilat: 34 –

Pengalaman lalu sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara..Oh tidak!  Teringat sebuah sabda “ Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali”.. Justeru,cukuplah sekali!

Kata bijak pandai, “ Apa yang kita berikan akan kita terima kembali”..
Betapa leganya sekarang! Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar dilaksanakan.Pahit,sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah,indah,dan manis. Namun apabila diilakukan, pasti ada kekesalan,kepahitan ,dan keresahan..
~ Wallahua’lam~

:: Hasil bacaan daripada buku ‘Di mana DIA dihatiku’ -Pahrol Mohd Juoi –

 


::Sharing is Caring::

12 comments:

  1. maafkan abah jika ini 1st time abah sapai ke sini

    ReplyDelete
  2. @abah khalisha masyaAllah..xpe abah ..terima kasih taw sudi datang sini =)

    ReplyDelete
  3. tq 4 sharing..like this so much..

    ReplyDelete
  4. Like this entry,memanglah kan kdg2 kte rse bengang and tanak maafkan org tu sebab org tu buat dajal dgn kte,tp yelah sempena bulan pose ni,knelah kan maaf-memaafkan.Hehe

    nice lagu,suka ost autumn in my heart kan? :)

    ReplyDelete
  5. @Miss Ayup..autumn in my heart..
    maaf memaafkan w'pon bkn di bln puasa kan sygs ^^

    ReplyDelete
  6. maaf juga.. bukan kena bayor pun mintak maaf.. :)

    ReplyDelete
  7. sama2 la kita bermaafan bukan hanya di hari raya ja kan...

    salam ziarah..

    ReplyDelete
  8. @iSmaZuRina betol3..xkna bayar pun..dapat pahala lagi kan ^^*

    ReplyDelete
  9. @ILA HonEyBuNNy thanks ila..betul3..bermaaf2 an w'pon bkn di hari raya ^^..salam ziarah ^^*

    ReplyDelete