:: Blessing Marriage ::

بسم الله الرحمن الرحيم


Saya terbaca artikel ni dlm berita minggu..Ianya berkenaan dgn wedding reception yg big2 punyer..saya rasa ianya sgt menarik utk kite share sme2..^_^


                 .......................................................


Perkahwinan yang menelan perbelanjaan melampau mencecah jutaan ringgit boleh memberikan impak sosial yang negatif jika ia dilaksanakan hanya semata2 memenuhi elemen menunjuk2 sehingga mengetepikan MATLAMAT SEBENAR perkahwinan..


Jika difikir2kan direnung2 kembali,apa sebenarnye yg kita nak daripada sebuah perkahwinan?? Tentunya KEBERKATAN bukan? Ye..KEBERKATAN adalah suatu yg amat penting utk kita sbg manusia di muka bumi Allah ini..Senario zaman moden masa kini, kita dapati ramai dalam kalangan masyarakat kita yang sanggup berhabis habisan sehingga ada yang sanggup berhutang bagi memastikan majlis berlangsung dengan gilang gemilang yang akhirnya memberikan kesan jangka masa panjang selepas perkahwinan..


                                                                     credit ~ Cik Google ~


Ianya sudah lari daripada matlamat sebenar yang sepatutnya dilaksanakan dengan cara sederhana. Bila rumah tangga dibina atas niat mahu popular hingga sanggup berhabis dan mengetepikan asas utama perkahwinan yang sepatutnya sederhana dan berteraskan agama, tidak mustahil ia boleh jadi faktor menyebabkan perceraian.. Seorang pendakwah bebas berkata, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz, pula berkata kesan lebih buruk jika majlis itu lari daripada matlamat dan akhirnya mengakibatkan pembaziran, malah lebih teruk lagi ikatan yang dibina dengan perbelanjaan jutaan ringgit tidak mampu bertahan lama. 


“Perkahwinan dalam Islam adalah sunnah Nabi yang sangat dituntut malah kenduri atau majlis itu harus dibuat hanya bagi mereka yang berkemampuan. Perkara paling penting jangan sampai majlis jadi perkara boleh menimbulkan riak iaitu sifat menunjuk2..Islam mengunjurkan pernikahan dalam suasana paling mudah dan ringkas kerana itu yang terbaik dan paling diberkati. Untuk apa kita melaksanakan majlis yang bermegah dan bermewah tetapi tidak mendatangkan keberkatan, kerana apa yang penting majlis diberkati..

P/S : Dalam idop ni yg penting K.E.B.E.R.K.A.T.A.N.
Watpe nak membazir2 neh,nikah 2 yg pnting,simple2 udah lee ~.~

::Sharing is Caring::

0 share pandangan ^_^:

Post a Comment