Hiduplah untuk hidup !

Perjalanan ini sungguh memenatkan. Apa tidaknya,semakin ke hujung semakin penat sedangkan beban bertambah berat..Tanggungjawab semakin sarat..Tetapi apakah ada pilihan lain selainn meneruskannya? Hidup selagi hidup..Jangan mati sebelum mati..


Sering juga diperingatkan diri,kalau ada masalah di tengah jalan..teruskan perjalanan.. Apabila yakin tujuan dan matlamat sudah betul, soal kembali ke pangkal jalan tidak timbul..Ini jalan paling benar,walaupun jalan yang paling sukar. Inilah jalan yang paling singkat, walaupun terasa amat berat..


Hidup tidak boleh dibelenggu dengan jemu dan lesu..Hari2 adalah lembaran baru yang perlu diukir dengan keceriaan dan senyuman..Susah dan payah adalah baja yang membina kematangan dalam jatuh bangun diri menuju ILAHI..Sabar dan syukur adalah minyak kepada pelita hidup..Kekadang marak kekadang berkedip..Namun, padam tidak sekali-kali..


Tidak gusar bersendirian..Tidak tersasar ketika kesunyian..Katakan pada diri ketika sunyi jangan kata kau sepi tapi katakan disisiku ada PEMERHATI..Dalam sekolah kehidupan, sentiasa ada pelajaran yang mesti ditempuhi, sama ada ketika bersendirian atau ketika ramai..


Sesetengah ilmu tidak boleh diajar, tetapi hanya boleh dipelajari.. Tidak ada guru tertentu, tetapi hakikatnya diri adalah pelajar sepenuh waktu..Jika datang topeng kepura-puraan, itulah guru yang mengajar kau erti berhati2.. Jika mmampir bejana kejujuran, kau teguklah ilmu keikhlasan..


Hiduplah seperti orang yang bersedia untuk mati..InsyaAllah nanti kau akan terus hidup walaupun sesudah mati..Justeru, banyak yang kau buat akan terus hidup selepas mati..Ingatkan diri selalu, bahawa hidup di dunia ini sangat penting kerana adanya hari akhirat..


Sesungguhnya, hidup sebelum mati adalah bekal untuk hidup selepas mati.. Katakan pada diri, hidup bukan sekali, malah ada yang hidup tidak berakhir dengan mati.. Jadi, hiduplah selagi hidup..kerana hidup hakikatnya untuk HIDUP!
~Wallahua'lam~ 
::Sharing is Caring::

0 share pandangan ^_^:

Post a Comment