Kematian !

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah dah masuk hari yang ke 24 umat islam berpuasa..Alhamdulillah kerana Allah masih memberikan kita kesihatan yang baik dan kesempatan untuk meneruskan ibadah kita..
Dan haruslah kita bersyukur kerana Allah masih memberi kita peluang untuk hidup di dunia ini..

MasyaAllah..perbanyakkanlah amalan selagi nyawa masih ada.. Sekiranya Allah mentakdirkan hidup kita hanya untuk hari ini sahaja ,maka terputuslah segala amalan kita.. Pada masa itu, kita hanya menunggu balasan di alam yang lain..

Pengalaman saya sendiri, dalam bulan ini sahaja, sudah berapa ramai yang dipanggil Ilahi..Semalam, ayah kepada sahabat baik saya dipanggil Allah.. Innalillahi wainna ilaihiraji'un.. Daripada Allah kita datang, kepadaNya kita dikembalikan.. Semoga roh-roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. Amin..

Sesungguhnya, kematian benar-benar memberikan keinsafan kepada kita.. Kita tidak tahu bila pula masa kita.. Atau mungkin masa ibu bapa , atau keluarga, atau sanak saudara kita.. 

Wahai diriku dan sahabat-sahabat, sesungguhnya kematian itu tidak akan ditunda seperti firman Allah SWT :

" Allah tidak akan menunda kematian seseorang apabila waktu kematiannya datang. Dan Allah maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan " - Al-munafiqun: 11 -

MasyaAllah..sudah cukupkah amalan kita untuk ke sana.. Sama-samalah kita renungkan dan bermuhasabah diri.. Semoga Allah memberkati setiap langkah dalam hidup kita..amin..

p/s : Mohon sedekahkan al fatihah kepada muslimin dan muslimat  yang telah pergi meninggalkan kita.. al fatihah.. 

~ Terima kasih, Wallahua'lam ~


::Sharing is Caring::

7 comments:

  1. insya-ALLAH,thanks for the reminder.sme2 lah kte sentiasa beringt kan? :)

    ReplyDelete
  2. betul,,banyak sangat yang meninggal dunia..

    sama2 lah beringat.:)

    ReplyDelete
  3. Ingat mati membuat kan kita kurang membuat dosa.

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah... sama-samalah kita mmperingati..:-)

    ReplyDelete