Ibu,ayah..ku turuti kemahuanmu..


Bismillahirrahmanirrahim..


Setiap ibu bapa berbeza pendiriannya..Sesetengah ibu ayah memberi keizinan untuk anaknya menikah muda..Tetapi ada juga yg sebaliknya..Begitu juga kisah seorang hamba Allah, Nadhira (bukan nama sebenar), yang mana perjalanan hidupnya mengejar restu ibu bapa amatlah sukar..


2006
Suatu pagi selepas solat subuh..


Nadh: Maafkan salah silap nad ibu..
Ibu: Ibu maafkan...Maafkan ibu juga ye nadh ..
Nadh : ( Mengangguk dan tersenyum )..Ibu tahu tak apa impian nadh?
Ibu: Apa nadh?
Nadh: Nadh impikan menikah muda ibu..
Ibu: Apa kamu merepek ni..Baru lepas SPM, dah cakap pasal kahwin..Dah la tu,jangan difikirkan hal tu..Panjang lagi hidup kamu..Fokus belaja kamu tu..
Nadh : Ye bu..( Tunduk lalu menangis )
Ibu nadh berlalu tanpa menyedari puterinya menangis..


Nadhirah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di salah sebuah IPTS. Di situlah tempat yang mengubah kehidupannya menjadi seorang muslimah sejati..


2010
Nadh: Ayah, nadh nak kawin..
Ayah: Kau cakap apa ni?Kau tu baru 21 tahun..Belajar pun tak habis lagi..Tunggu la abis belaja tahun ni ,kahwin la lepas tu..
Nadh: Betul ke ni ayh? Lepas grad akak boleh kawin?
Ayah..Ye..tapi kau nak kawin dgn siapa.?
Nadh: Ni kawin baitulmuslim ayh.. Perkahwinan melalui orang tengah..Kawan nadh yang uruskan..
Ayah: Apa benda kahwinn macam tu? Kenal apa pun tak ,nak kahwin,jadi apa-apa nanti baru kau tahu..
Nadh: Ayah, Allah dah berjanji bahawa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..Dan barangsiapa yang berkahwin ,maknanya, dia telah menyempurnakan sebahagian daripada sunnah rasulullah..Nikah itu ibadah ayah..Tak perku berkawan terlalu lama,hanya kenal semasa proses pertunangan..
Ayah : Terdiam tanpa berkata kata..


April 2010, Nadhirah selesai pengajiannya di peringkat diploma..Lalu pada Julai 2010 ,dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah..


Nadh: Ayah,macam mana dengan perkara yang kita bincangkan dulu?Pihak lelaki hanya menunggu jawapan ..
Ayah: Lupakan je niat kau tu..Pelajaran lebih penting..
Nadh: Tapi ayah...
Ayah: Cukup!!!! Ayah tak nak dengar lagi kau cakap pasal ni..
Nadh : Terdiam lalu berlalu..


Nadhirah menangis teresak esak..Dia tidak menyangka ayahnya berkata begitu..Dia meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar dengan tabah membawa impiannya yang tidak kesampaian..


2011


Nadhirah mengirim SMS kepada ayahnya menyatakan hasratnya ingin bertunang..


Nadh : Salam ayah, nadh nak minta izin untuk bertunang..
........................... Tiada respon..........................
Seketika kemudian..


Ayah: Kali ni dengan siapa pula?
Nadh: Seperti dulu ayah..
Ayah: Budak tu kerja dah ke?
Nadh: Belum ayah,masih belajar..
Ayah: Dia dah ada berapa ribu nak kahwin dengan kau?
Nadh: Ayah..kalau kita buat benda baik, Allah pasti akan bantu..Nadh cuma mohon restu ayah..
Ayah: Ok..balik nanti bincang..


Nadhira sangat gembira,dia menyangka ayahnya bersetuju..Nadhira pulang ke kampung untuk berbincang hal tersebut..


Nadh: Macam mana ayah? 
Ayah: Kau dengar sini baik-baik ye..Selagi kau tak habis belajar,jangan kau cakap pasal tu lagi depan ayah!!
Ibu: Kakak ingat senang ke nak kawin,nanti dah beranak pinak macam mana? belajar ke mana anak ke mana, Tengok-tengok berhenti belajar dah sibuk dengan suami..
Adik: Entah kau ni,gatal sangat nak berlaki ke? Kawan kau yang nak jodohkan kau tu pun tak kahwin lagi..Suruh dia tu kahwin dulu, baru jodohkan orang..Belajar pun tak habis lagi..Menggatal !!


Nadhirah hanya diam membisu..Tetapi hanya Allah yang tahu bagaimana kecewa dan sedih keadaannya pada masa itu..Lalu nadhirah mengambil wudhu' dan solat..Selesai solat dia berdoa ,
" Ya Allah ya tuhanku..Aku bersyukur di atas segala nikmat dan cubaan yang engkau berikan..Terima kasih Ya Allah..Lembutkanlah hati ibu,ayah, dan keluargaku untuk menerima hajat hatiku ini ya Allah..Sekiranya engkau takdirkan dia baik untukku,kau permudahkanlah,jika tidak jauhkanlah dia daripadaku ya Rabb..Sesungguhnya engkaulah sebaik-baik perencana..Amin ya Rabb..


Nadhirah redha atas segala apa yang Allah tentukan dalam hidupnya..Dia tidak putus-putus berdoa semoga Allah lembutkan hati ibu,ayah ,dan keluarganya..Baginya ibu ayah adalah  segala galanya.. Dan prinsip hidupnya
 " No couple before akad "


P/S: Semoga Allah melembutkan hati orang tuanya..Amin..







::Sharing is Caring::

8 comments:

  1. kesian die...p restu ibu bpa lgi pntin....turutilah kmhuan mreka dhlu...t lame2 mereka juga tringn ank mreka utk djge oleh seorg yg brgelar suami :}

    ReplyDelete
  2. @iejjah betol tu..sy sokong pendapat iejjah..apa2 pun parents 1st..ada hikmah di sebalik apa yg Allah rencanakan.. ^^

    ReplyDelete
  3. jat xfaham psal pernikahan baitulmuslim.ada eh?xpernah dgr plak.

    ReplyDelete
  4. @zati embong Ada jat..nikah baitul muslim tu guna org tengah..means laki n pmpuan 2 tak knal n tak bcinta..semuanya melalui org tgh..pasangan ni akan knal masa diorg btunang..kalau serasi boleh trus kawin, n kalau tak boleh putus dgn cara baik..snang cite bcinta lpas kawin.. ^^

    ReplyDelete
  5. salam

    ok... nampaknya suma yg komen ni sume pompuan. xpa2. ok ni ak nk bg pandagan sikit la sal isu kawin awal ni dari pandangan seorang lelaki dari sudut taggugjawab dan realiti kehidupan.

    firstly, pada pandangan ak. kawin awal sebenarnya hanya mendatangkan lebih banyak buruk dr baiknya. yg pertamnya yg ak nk sentuh di sini adalah berkaitan dengan tanggungjawab seorang lelaki. ak sentuh dahulu pasal lelaki cz ak lelaki so ak tau la bende ni. bg lelaki perkara pertama yg sewajibnya dia pikirkan selepas keluar universiti adalah tanggungjawab dia ke atas keluarga. bukan memikirkan soal nk kawin dahulu. kenapa? seorg lelaki yg bertanggungjawab akan membantu keluarganya dahulu especially dari lagi jika keluarganya kurang berkemampuan apatahkah lagi jika lelaki tersebut masih mempunyai adik beradik yg masih bersekolah. hal ini kerana. jikalau seorang lelaki ini kawin awal, tanggungjawanya akan beralih kepada keluarganya yg baru laitu isterinya dan anak2nya. bayangkan lah, mak bapak struggle hantar duet kat anak kat universiti, habis graduate , satu sen pon xboleh nk tolong balik mak bapak. bukan lah nk berkira pasal duet ni, tp yg ak nk tekankan di sini adalah tanggungjawab itu sebagai anak kepada keluarganya, kepada adik-adiknya. jangan pikir nafsu jea.

    secondly, realiti hidup. money is everything. bayangkan la this couple baru pas keluar universiti, suddenly nk kawin. ok first thing u ar jobless and u dun have money. how u want to kawin. nk soh anak bini makan pasir. bagus punya suami. kene pikir masa panjang jangan nk pikir nk kawin cz nk wat anak ja. ingat nk kawin tu sikit ka duet nk pakai. mau 7-8 ribu nk pakai, itu untuk kawin, pas kawin tu, dengan sewa rumahnya, makan minum, bil suma cm man?? xkan nk tinggal kat rumah mak bapak lagi. senang cite, ekonomi time tu xstabil lagi dah nk kawin. yg paling bijak, nk kawin awal, g wat pinjaman bank. tu belum kira lagi wat pinjaman bank untuk beli kereta, rumah, suma. memang bijak. makan nasi kosong la hari2. nk lagi bijak? mintak mak bapak sponser kawin.cantekkk...


    ok 2 point ak ni, ak khas untuk yg lelaki yg berniat untuk kawin awal.banyak lagi point tp ak stick untuk 2 ni dulu. nk tengok korang counter attackt point ak cm mana dulu. anyway, in conclusion, laki ni perlu pandang jauh. pikir tanggungjawab dan ukur kemampuan dulu, boleh ka ak bg anak bini ak makan ni. jangan pikir nk wat anak ja. lain la klw u guys memang habis universiti memang terus kaya

    untuk yg gurl pulak. korang seriusly memang kene kawin awal. tp pilih la yg dah stabil kerjaya semua. jangan la pilih that guys cz die hensem, jambu, pandai ayat or whatever. why u gurl need to kawin awal. simple rule. laki ni makin lama saham makin naik, gurl ni makin tua, saham makin turun. that is reality. cz tu mak bapak pompuan selalu bising klw anak dara umur nk 30 klw xkawin lagi. xcaye, try tunggu korng 30. bising ke x mak bapak korang.


    anyway, itulah sedikit sebanyak pandangan ak. maaf klw gaya bahasa ak cm kasar ke, well i m a boys what u expect. wokey ak rasa itu ja. klw sapa2 ada pandangan atau idea. sila2 komen gak. nk tau gak korang punya idea cm mana. klw boleh harap korang tembak la point ak. i like if u can give me some challenge u know. he3 orait

    ReplyDelete
  6. @Nas Azhari Hamzah hehe..panjanganyeee..ada betul ckp anda..tanggungjawab sorg laki sgt2 lah byk n berat..Tapi setiap org b'beza pendapatnya..ada yg b'pndangan kawin awl ni tak ada masalah..bahkan mendatangkan byk kebaikan..sebab bagi diorg rezki tu dtg dpd ALLAH..Kata diorg lagi,kawin kan ibadah dan menyempurnakan sunah nabi, mustahil kalau ALLAH tak bantu org yg melaksanakan ibadahnya.. Lagi satu bg menikah masa belajar mreka b'pndapat ibu bapa masing2 yg menanggung anak mreka sama ada lelaki mahupun perempuan..Tapi si lelaki wajib memberi 2persalinan atau 2pasang pakaian setahun..
    Sebab lain adalah utk mengelak berlakunya maksiat..maksiat ni byk aspek,bukan maksiat pegang2 tgn je..tp byk..mungkin ada org ckp ala da tau xmampu nak kawin jgn la buat maksiat ..tapi semua org yg bcinta 2 x lari dari melakukan maksiat..zina mata,zina hati,zina perasaan dan mcm2 lg..seperti dlm riwayat ni:
    "Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang BERKEMAMPUAN untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Apa yang kita faham dengan 'Berkemampuan' itu. Kemampuan dari sudut harta benda fizikal semata-matakah? Banyak mana harta yang ditakrifkan sebagai mampu? Ataupun kita berselindung disebalik frasa kemampuan itu ketidaksediaan kita untuk memberikan komitmen kepada rumah tangga dan ikatan? ...=)

    Dan yg paling3 pntg skali adalah ilmu..Kalau si lelaki cukup ilmu , xkira lah ilmu apa pun (especially ilmu agama ) maka dia akan bijak menguruskan rumah tangga ,dan macam mana nak balas jasa mak ayah yg dah byk korbankan sgala2nya utk dia.. Org bijak tak akan melupakan jasa org tuanya..Mmg duit itu penting tapi yakin dan percaya janji Allah itu lebih penting .. Wallahua'lam ^^

    p/s : sekadar pandangan ..^^

    ReplyDelete