Bijaksana vs Bijaksini ^_^


Bismillahirrahmanirrahim..

Salam sahabat2  sekalian..dah 2 ari tak update blog ni.. Dah bersawang blog caye neh..Lap2 ckit…haa dah bercih pon.. Sy tak sempat nak membaca, so tak dapat nak share ilmu kat cni.. Huhu, maklumla kurang ilmu di dada.. Bila dah membaca baru dapat share hasil bacaan tu ^^

Haa..alhamdulillah ari ni sy sempat membaca, meh kita sama-sama share apa yg kita dapat ^^.

Pembacaan kali ni sangat-sangat menginsafkan sy..kenapa saya kata begitu ?..Moh bce di bawah neh ^^

Jangan kecewa jika kebaikan tidak mendapat balasan , jangan sekali-kali berani melakukan kejahatan kerana akhirat itu ada ! “

Imam Ghazali RHM  pernah berkata bahawa perkara yang paling jauh ialah masa lalu. Apakah maksud tersirat di sebalik kenyataan itu? Ya, satu saat yang telah berlalu dalam hidup kita , tidak akan dapat dikejar semula walaupun dengan pesawat terbang yang paling laju. Ia akan terus berlalu untuk menjadi saksi apakah kita menggunakannya untuk pahala, dosa, atau sia-sia.

Kita tidak akan dapat memutarka jarum waktu ke belakang. Masa umpama air sungai yang mengalir. Apabila kita memijak kali pertama, maka kita tidak akan dapat memijak air yang sama pada pijakan kedua. Ya, masa adalah nyawa kita. Mengurus masa samalah dengan mengurus nyawa kita.

Masa mengalir terlalu laju. Sedar-sedar usia tua telah menjengah kita dan kematian datang seolah-olah secara tiba-tiba. Hidup hanya bagaikan mimipi. Benarlah seperti yang dikatakan oleh Saidina Ali: , “ Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (lalai) . Bila mati barulah mereka terjaga ( tersedar ). “

Kata-kata itu sungguh mendalam maknanya. Ya, hanya apabila seseorang itu mati, kelak barulah hakikat kehidupan ini tersingkap sejelas-jelasnya. Ketika itu barulah simati dapat ‘melihat’ hidup dengan setepat-tepatnya. Setelah diri berada di alam barzakh (alam kubur) , barulah manusia insaf apakah sebenarnya yang perlu dicari dan dimiliki dalam hidupnya ketika di dunia dahulu.

Aneh, hanya apabila mati, manusia menyedari tentang hakikat hidup.  Kta pepatah, “ setelah terhantuk ( mati ), barulah terngadah ( sedar ) “. Rupa-ruupanya apa yang diburu semasa hidup di dunia hanya dosa. Manakala apa yang dihindarinya pula adalah pahala. Ahhh.. betapa tersasarnya tujuan hidup selama di dunia.

Di alam kubur, ketika debu-debu tanah menjadi ‘bumi’ dan ‘langit’ buat manusia, barulah kita terjaga daripada ‘mimipinya’ selama ini. Sayangnya, ketika itu, segala-galanya sudah terlambat. Apa gunanya sedar di alam  kubur kerana saat itu kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi untuk memperbaiki keadaan.

Sepatutnya kesedaran itu perlu kita miliki ketika hidup di dunia. Jelaslah, sekiranya hidup di dunia dilalui dengan penuh kesedaran, barulah ada kebaikan dan manfaatnya Sebaliknya, jika kesedaran itu dimiliki di alam kubur, maka segala-galanya telah terlambat.

Selalunya ketika hidup, mata seseorang terbuka apabila mati matanya tertutup. Ironinya, Saidina Ali pula menyatakan sebaliknya. Semasa hidup , yakni ketika  mata terbuka ,manusia dikatakan bermimpi (mata tertutup). Manakala apabila mati dikatakan terjaga (mata terbuka ) . Jelaslah bahawa apa yang dimaksudkan oleh Saidina Ali dengan ‘terjaga’ tidaklah merujuk kepada mata di kepala, sebaliknya merujuk kepada mata di dalam hati.

Mata di dalam hati inilah yang dinyatakan ALLAH melalui firmanNYA:

Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada. Al-haj: 46

Seseorang hanya akan menguruskan nyawa dan masanya dengan baik apabila mata hatinya terbuka. Pandangan mata hati adalah pandangan yang paling tepat dan benar kerana ia mampu melihat di sebalik kehidupan dunia yang singkat ini ada kehidupa akhirat yang  kekal abadi. Mereka inilah orang yang bijak ‘sana’ bukan bijak ‘sini’

Mereka ini punya sense of the end yang kuat. Dengan mata hati yang celik, mereka mampu memburu masa sedangkan kebanyakan manusia hanya diburu oleh masa !

~ Wallahua’lam ~


::Sharing is Caring::

8 comments: