~ Fecbuk oh fecbuk ~

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah dah masuk ari yg ke 9 umat islam b'puasa..so far,smuanya okay..^^
Tp apa yg sgt2 menyedihkan sy adalah masih ada lagi hamba-hamba Allah yg mengumpat,mengata sana sini,maki hamun..Post dekat wall fb lagi..Kasi satu dunia tahu perasaan amarah,benci,dendam kita tu..Saya terfikir kenapa ye perlu buat semua tu..perlu ke kita lepaskan kemarahan kat orang lain melalui fb?kenapa kita tak maafkan je org tu?Sob3x..sediih sgt tgok umat islam sekarang ni..    -_-
Tambahan pula,skang ni bulan puasa,bulan barakah,kita bukan kena tahan makan je..kita kena tahan segala galanya termasuk percakapan,pandangan,dan sebagainya..
Sama-samalah kita fikirkan balasan Allah terhadap orang yang melakukan tohmahan,umpatan dan seumpamanya melalui firman Allah yg bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan ke'aipan orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. ( Surah Al-Hujuraat:12)
Ameen..


:: Maaf sekiranya entri ini ada menyinggung perasaan kalian..Ini juga peringatan buat sy..^^




::Sharing is Caring::

0 share pandangan ^_^:

Post a Comment