Worlds youngest Mother!!

Bismillahirrahmanirrahim..


Lina Medina..Indahnya nama tu kan..Tapi siapa sangka di sebalik nama itu tersirat sebuah kisah yg di luar jangkaan manusia..Namun, semua kuasa Allah..Dia berhak menentukan apa sahaja ke atas hambanya walaupun di luar akal waras kita..


Lina Medina merupakan ibu paling muda yang direkod dalam sejarah..Namanya tercatat sebagai ‘the youngest mother’ di dalam World Book of Record. Sehingga hari ini tiada lagi yang berjaya memecah rekod ibu muda ini. Agak2 berapa umurnya?


Lina Medina lahir pada 27 September 1933 , berusia 77 tahun melahirkan dalam usia 5 tahun, 7 bulan dan 21 hari.Lina lahir dan besar di Peru  dalam keadaan yang  sihat, namun Lina dibawa ke hospital oleh orang tuanya semasa berumur 5 tahun kerana tubuhnya  yang terus membesar. Orang tuanya mengira Lina terkena tumor , namun dokternya mengatakan ia sedang hamil tujuh bulan. Dr. Gerardo Lozada akhirnya membawanya ke Lima, Peru, untuk pembedahan dan akhirnya dinyatakan bahwa Lina sedang hamil.


Lina selamat melahirkan seorang bayi lelaki  seberat 2.7kg melalui pembedahan ‘ceasarean section’ dan bayinya diberi nama Gerardo bersempena doctor yang merawatnya. Antara rekod lain yang dicatat, Lina mula akil baligh (menarche) seawal usia 8 bulan atau dalam catatan lain 2 ½ tahun. Dan seawal usia 4 tahun juga, dia sudah mempunyai perkembangan fizikal seperti remaja perempuan yang lain. Pada usia 5 tahun, Lina turut mengalami ‘pelvic widening’  dan pertumbuhan tulang yang cepat.

Anaknya, Gerardo menyangka bahawa Lina merupakan kakaknya. Pada usia 10 tahun, dia diberitahu bahawa Lina adalah ibunya. Gerardo membesar dengan sihat namun meninggal dunia pada usia 40 tahun.

Namun, sehingga kini Lina tidak pernah mendedahkan siapakah bapa kepada anaknya itu. Ayahnya pernah ditahan kerana disyaki merogolnya namun kemudiannya dilepaskan atas sebab kekurangan bahan bukti. Dan siapa bapa sebenar kepada bayinya kekal misteri hingga ke hari ini.

                  ~Lina bersama anak dan dokter yg merawatnya~

Kisah ini, sumbernya saya peroleh daripada cik Google dan ditambah dengan pembacaan daripada blog seorang hamba Allah..Saya terfikir seorang kanak2 berumur 5 tahun sudah mempunyai seorang anak dan anaknya membesar dengan sihat, alhamdulillah..Kuasa Allah yang menetapkan setiap kejadian itu berlaku pasti ada  hikmah nya.  Allah takdirkan sedemikian pasti ada sebabnya. Supaya kita yang tahu berfikir dan menggunakan anugerah akal ini berfikir dan mengambil iktibar daripadanya.




























::Sharing is Caring::

0 share pandangan ^_^:

Post a Comment