Kanser Prostat, Lelaki Jangan Ambil Mudah

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya t'baca 1 artikel tntang gejala awal BARAH PROSTAT..Maybe ramai yg dah tau..tapi sy baru je tau..hee..
but penyakit ni boleh dikatakan penyakit yg merbahaya..

:: Benign Prostatic Hyperlpasia (BPH) ::
~ Bukan barah
~ Keadaan pembesaran kelenjar prostat
~ Biasanya menyerang lelaki lebih 50 tahun
~ Mewujudkan gejala urinari, mengganggu dan menjejaskan gaya hidup dan corak tidur pesakit
~ Bersifat progresif
~ Jika tidak dirawat, wujud risiko pembedahan atau kerosakan buah pinggang


                                                                      ~ cik Google ~


Kisah seorang pesara yang mana saban malam, tidurnya kerap terganggu kerana selalu membuang air kecil, sekejap2 terpaksa pergi ke bilik air, dia cuma terfikir ianya berpunca daripada tabiatnya yang  memang banyak minum air. Namun pada usia lebih 55 tahun, beliau berasa risau kerana kerap membuang air kecil adalah antara gejala awal barah prostat. Simptom lain adalah berasa sakit dan gagal mengawal kencing, air kecil berdarah, sakit belakang, dan paling menakutkan semua lelaki, MATI PUCUK.

Prostat adalah kelenjar seks lelaki yang menghasilan cecair pekat membentuk sebahagian air mani..Saiznya sebesar kacang dan berkedudukan dibawah pundi kencing. Jika diserang barah prostat, kesannya berlaku secara perlahan dan boleh merebak ke organ lain dan tisu termasuk tulang..Simptom BPH adalah tanda awal barah prostat. Ia juga dikenali sebagai Benign Prostatic Hypertrophy, pembesaran kelenjar prostat yang ersifat bukan kanser dan biasa dialami lelaki pada usia emas.. Penyakit ini cukup dibimbangi kerana tanda dan gejala yang ditunjukkan sukar untuk mengesahkannya..

Barah prostat sebenarnya banyak dipengaruhi faktor genetik dan pemakanan.. Jika ibu anda menghidap barah payu dara atau bapa menghidap barah prostat, maka anda berisiko besar turut diserang penyakit yang sama dengan bapa anda.. Pemeriksaan dan pengesanan awal boleh membantu pesakit dalam mencari rawatan terbaik ..

P/S: Moh kte same2 jaga pemakanan b'mula dari usia muda..Amalkan cara hidup sihat ..ngee~~


::Sharing is Caring::

0 share pandangan ^_^:

Post a Comment