Maka nikmat- Ku yang manakah engkau dustakan?

YA Allah Maha Pemurahnya Engkau...”




Al-Fudhail bin Iyadh berkata: “ Tidak ada suatu malam pun yang gelap kecuali Allah berfirman: “Siapakah yang mengagungkan anugerah-Ku, pada saat banyak makhluk bermaksiat dan Aku mengawasi mereka?Aku menidurkan mereka di atas tilam mereka seolah-olah mereka tidak pernah menderhakai-Ku dan aku menguruskan urusan mereka seolah-olah tiada dosa antara mereka terhadap-Ku..Aku tetap memberikan anugerah dan kenikmatan walaupun kepada orang yang menderhaka kepada-ku. Oleh sebab itu, siapakah orang yang berdoa kepada-Ku kemudian Aku tidak mengabulkannya?..Siapakah orang yang menangis di hadapan pintu-Ku dan Aku membiarkan sahaja?
Aku adalah dermawan dan kedermawanan adalah diri-Ku. Dan antara kedermawanan-Ku, iaitu mmeberikan kemaafan bagi orang yang pernah bermaksiat. Dan antara kemurahan-Ku pula ialah memberikan taubat kepada orang yang pernah melakukan maksiat, seolah-olah mereka tidak pernah melakukannya. Maka ke manakah para makhluk-Ku lari daripada-Ku Kemanakah orang yang bermaksiat lari dari pintu-Ku..

Hadis di atas dikeluarkan oleh Abu Nu’man dalam kitab al-Hilyah al-Auliya’
Rujukan: Hadis-hadis Peringatan Buat Umur Insan, Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Tanda-tanda kecintaan Allah SWT kepada hamba-Nya:

Katakanlah: (Wahai Muhammad) “ Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka taatilah aku,  nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu.’ Dan (ingatlah) Allah Maha Pangampun lagi Penyayang” (Surah Ali ‘Imran 3:31)

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah SWT berfirman:
Maksudnya: “Siapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku mengishtiharkan perang terhadapnya. Tidaklah hamba-Ku mendekatkan dirinya pada-Ku dengan amalan yang lebih Aku sukai daripada dengan mengerjakan ibadah yang telah Aku fardukan atasnya. Hamba-Ku yang sentiasa mendekatkan diri dengan amalan sunat, nescaya Aku mencintainya. Jika mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar, menjadi penglihatanya yang dengannya dia melihat, menjadi tangannya yang dengannya dia berbuat, dan menjadi kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika dia meminta kepada-Ku, nescaya aku akan memberinya; dan jika dia memohon perlindungan kepada-Ku, nescaya Aku melindunginya.” ( Riwayat al-Bukhari)

Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meiwayatkan daripada Aisyah r.ha, bahawa Rasulullah SAW pernah mengutuskan seorang untuk memimpin sepasukan perang, ketika dia mengimami mereka solat, dia mengakhiri bacaan solatnya dengan surah al-Ikhlas. Ketika sudah kembali, mereka pun menceritakan hal itu kepada Rasulullah SAW..Namun baginda SAW berkata:
Maksudnya: “ Cuba kamu tanyakan kepadanya mengapa dia melakukan perbuatan yang demikian.” Ketika mereka menanyakannya, dia menjawab: “Aku melakukan hal itu kerana surah tersebut mengandungi sifat allah yang maha Rahman dan kerana itu aku suka membacanya.” Mendengar jawapan itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “khabarkan kepadanya bahawa Allah mencintainya..” (Riwayat Imam al-Bukhari)


Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW membaca doa berikut:“


Ya Allah, hanya kepada Engkaulah aku berserah diri, beriman dan bertawakkal, bertaubat dan mengadu. Ya Allah, aku berlindung dengan keperkasaan-Mu, zat yang tiada Tuhan melainkan Engkau; aku memohon agar Engkau tidak membiarkan aku sesat. Engkaulah zat yang Maha Hidup dan tidak Pernah Mati, sedangkan semua jin dan manusia pasti mengalami kematian..”


::::Peringatan buat hati yang kian menjauh dari-Nya..menyedari kuranganya pergantungan pada-Nya..pimpinlah kami dalam agar selalu dalam jalan-Mu...

Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah swt..
Ampunkanku  Ya Allah...


::Sharing is Caring::

0 share pandangan ^_^:

Post a Comment