Marriage ~

"kami tidak akan ucapkan perkataan 'cinta' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana.. kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami kami."

Dan ingatlah dosa2 yg pernah kita Dan psangan kita lakukan sebelum bernikah kafarahnya adalah selepas perkahwinan itu..yg plg penting sblm nikah adalah taubat..Bukan mudah mengemudi rumah tangga sbb tu kena cari ilmu..

sdih tgok quote2 mcm ni..alahai ..mcm mana la ngan aku yg da kawan most 6 years n nak kawin da pon x lme lg..ALLAH berkat tak hubungan kami lpas kawin nt .. ='(


Ampunkan dosa kami ya ALLAH .. berkatilah hubungan kami.. jika benar dia utkku permudahkanlah, jika tidak jauhkanlah dia daripadaku..

Mak,ayah, sy berjanji akan jd anak yg taat dan isteri yg baik utk suami..
Ibu,ayah, sy berjanji akan jd anak dan menantu yg baik ..
insyaALLAH ~ 


::Sharing is Caring::

Bestest Bud ^^



Have you ever wondered what the real essence of the saying "A Friend in Need is a Friend Indeed" is? People talk about the true value of friendship actually without knowing what it stands for. True friendship is the one, in which the individuals do not have to maintain formalities with each other. Sharing true friendship is the situation, when the person you are talking about is counted as one among your family members, when the relation you share with him/her reaches a stage that even if you don't correspond for sometime, your friendship remains unscathed. Best friends need not meet up often to make sure that the friendship remains constant.


The trust between best friends is such that if one friend falls in trouble, the other will not think twice to help. If the bond between two friends is strong, true friends can endure even long distances. For them, geographical separation is just a part of life. It would not affect their friendship. They make it a point to stay in touch, even in the verge of being exhausted due to the drudgery of everyday life. True friendship never fades away. In fact, it grows better with time. True friendship thrives on trust, inspiration and comfort. Best friends come to know, when the other person is in trouble, merely by listening to their "Hello" over the phone. They can even understand each other's silence.






True friends don't desert each other when one is facing trouble. They would face it together and support each other, even if it is against the interests of the other person. Best friends don't analyze each other; they don't have to do so. They accept each other with their positive and negative qualities. Nothing is hidden between true friends. They know each other's strengths as well as weaknesses. One would not overpower the other. They would respect each other's individuality. In fact, they would understand the similarities and respect the differences. Best friends don't stand any outsider commenting or criticizing their friendship and they can put up a very firm resistance, if anyone does so.


True friends are not opportunists. They don't help, because they have something to gain out of it. True friendship is marked by selflessness. Best friends support even each other, even if the whole world opposes them. It is not easy getting true friends for the lifetime. If you have even one true friend, consider yourself blessed. Remember, all best friends are friends, but not all friends can be best friends. In this world of cynics and back stabbers, there are still some people who are worth being friends with. They have to be recognized and respected for being best friends, for the lifetime.


::Sharing is Caring::

Kemunculan syiah dan khawarij ~


Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, pemerintahan Negara Islam bukanlah semata-mata terhad di Semenanjung Tanah Arab bahkan ianya bertambah luas merangkumi Afrika Utara, Mesir, Syam, Iraq, India hingga ke sempadan Negeri China. Kepelbagaian bangsa, keturunan, kebudayaan, adat resam di samping wujudnya fahaman politik yang berbeza-beza, berpunca dari perselisihan pendapat terhadap jawatan khalifah. Natijah dari perbezaan itu, maka lahirlah tiga golongan yang sering bercanggah pendapat bukan sahaja meliputi aspek politik negara, bahkan kepada bidang perundangan. Golongan ini dikenali sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah (Jumhur), Syi’ah, dan Khawarij. Golongan ini muncul pada zaman kerajaan Bani Umaiyah sehingga zaman kerajaan Abbasiyah dan sebahagian yang lain masih berkembang hingga kini.

Secara umumnya, setiap golongan tersebut menyokong dan meletakkan kepercayaan kepada pemimpin masing-masing. Pemimpin atau ketua mereka ini dijadikan tempat mereka untuk membawa mereka ke dalam masalah politik bahkan melibatkan hukum dan perundangan Islam. Bermulalah bibit-bibit percanggahan  pemikiran dan arah politik yang berbeza-beza menyebabkan ia mmenjadi semakin sukar bagi mereka mendapatkan kata sepakat terutamanya dalam soal fatwa atau menetapkan sesuatu hukum.

Bagaimanapun, di atas kesedaran dan tanggungjawab sebagai pewaris Rasul, setiap golongan ini berusaha meningkatkan keilmuan dan penyelidikan masing-masing sehingga mencapai tahap kecemerlangan terutamanya pada zaman Abbasiyah. Tujuan mereka melakukan sedemikian adalah semata-mata untuk menyelesaikan masalah-masalah ummah terutamanya masalah baru yang tidak wujud pada zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat dengan cara mengistinbat hukum mengikut kebolehan dan kepakaran masing-masing.

Menyelesaikan permasalahan ummah yang berkaitan hukum adalah perkara yang menjadikan setiap golongan ini berselisih pendapat, bahkan para ulama’ sesama mazhab juga sering berbeza pendapat. Namun begitu, perselisihan pendapat antara mereka bukanlah tentang persoalan dasar syariat, tetapi dalam mentafsir serta memahami sesetengah nas-nas syara’ dan kaedah-kaedah yang harus diterapkan dalam permasalahan furu’ yang timbul dari masa ke semasa.
Tidak dapat dinafikan bahawa kesan daripada perselisihan pendapat antara para ulama’ telah mewujudkan berbagai-bagai mazhab di dalam Islam seperti Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, Syi’ah dan Khawarij.[1] Namun begitu pokok perbahasan utama kajian ini adalah menjurus kepada sejarah kemunculan Syiah dan Khawarij


2.0              SEJARAH KEMUNCULAN PUAK-PUAK ALIRAN FIQH

2.1       Bibit-Bibit Awal Perpecahan

Sebahagian besar pada peringkat dahulu keadaan kaum Muslimin bersatu padu dan tidak terdengar perkatan Khawarij atau Syiah pada zaman Nabi s.a.w dan tidak muncul perkataan seperti ini dalam masyarakat. Ia hanya muncul setelah Sayyidina Ali bin Abi Talib menjadi khalifah, kemudian barulah perkataan itu diguna oleh orang ramai yang menjadi lambang kepada suatu golongan yang tertentu yang menyokong memberi taat setia kepada Sayyidina Ali kemudian pada akhirnya telah berpecah kepada berbagai-bagai aliran.

            Asal usul yang menjadikannya demikian adalah setelah Rasulullah s.a.w wafat yang mana Sayyidina Ali telah disokong oleh separuh sahabat supaya menjadi khalifah. Separuh sahabat berpendapat bahawa sahabat itu adalah pusaka peribadi dan Sayyidina Ali lah yang lebih utama menyandang jawatan itu kerana beliau merupakan sepupu Baginda dan suami puterinya, iaitu Fatimah dan seorang ahli keluarga yang sangat disayangi Baginda. Maka orang lain tidak berhak menjawat jawatan khalifah itu, dan tidak ada orang lain yang layak untuk mengendalikan agama dan politik Islam.

Walaupun Sayyidina Ali dan penyokong-penyokongnya berpegang dengan dasar ini tetapi mereka memberi persetujuan kepada orang ramai dalam memberi taat setia kepada Khalifah Abu Bakar, Omar, dan selepas itu Uthman. Apabila berlaku huru hara dalam jentera pentadbiran khilafah semasa pemerintahan Sayyidina Uthman bin Affan r.a yang mana timbul pelbagai desas-desus dalam kalangan umat muslimin sehinggakan membawa kepada pembunuhannya. Maka penyokong-penyokong Sayyidina Ali bergerak cergas untuk melantik beliau menjadi Khalifah Al-Muslimin. Setelah Sayyidina Ali melihat keadaan itu, demi mengawal kepentingan umat Islam dan perpaduannya lalu beliau berdiri tegak mengambil peranan menjadi khalifah.

Sebaik sahaja hampir selesai janji setia daripada kaum Muslimin, tiba-tiba muncul tiga orang pembesar-pembesar sahabat yag menuntut jawatan khalifah. Masing-masing mendakwa atas nama kebenaran, Sayyidina Ali tidak berhak dan muslihat agama menuntut mereka berjuang untuk tujuan ini. Pembesar tersebut ialah Talhah bin Abdullah, Al-Zubir bin Al-Awwam, Muawiyah bin Abi Suffian. Mereka menuduh Sayyidina Ali mengecewakan Uthman dalam usaha menghapuskan puak-puak pemberontak yang hendak menggulingkan Uthman. Mereka beranggapan bahawa Sayyidina Ali boleh menenteramkan keadaan huru-hara, dan setelah beliau dilantik menjadi khalifah ia tidak menuntut bela untuk menghukum keatas pembunuh Uthman bahkan separuh mereka yang bersifat keterlaluan mengatakan Sayyidina Ali berasa senang dengan kematian Uthman bin Affan kerana separuh pembunuh itu telah menyusup masuk ke dalam tenteranya tanpa dihalang olehnya.

Hakikatnya ketiga-tiga pembesar yang bangun menentang Sayyidina Ali itu masing-masing hendak mengambil jawatan khalifah. Masing-masing berpendapat dialah yang lebih berkemampuan untuk menyatu padukan umat Islam dan untuk menghancurkan fitnah sebelum merebak luas. Talhah dan Zubair merasakan setiap seorang daripada mereka ialah orang yang dilantik oleh Sayyidina Umar bin Al Khattab menjadi ahli dalam badan penasihat terhadap urusan khilafat. Mereka termasuk dalam golongan orang yang mula-mula masuk Islam, disamping itu Muawiyah bin Abi Suffian memandang bahawa beliaulah orang yang paling rapat ikatan keluarga kepada Sayyidina Uthman bin Affan, beliaulah orang yang mampu menuntut bela terhadap kematiaannya dan berhak menjadi khalifah setelah Sayyidina Uthman.[2]





2.2       Kemuncak Perpecahan

Setelah berlakunya bibit-bibit perpecahan tersebut, kemudian berlaku pula peperangan di antara Sayyidina Ali dan Talhah serta Zubair bin Al Awwam dalam peperangan Al-Jamal, akhirnya Talhah bin Zubair tumpas di dalam peperangan tersebut. Maka, di sinilah bermulanya perpecahan ketara apabila tentera Ali bertempur dengan tentera Muawiyah  bin Abi Sufyan di tanah datar Siffin yang terletak di Syam. Pertempuran tersebut dinamakan sebagai perang Siffin. Sayyidina Ali pada ketika itu menerima dasar tahkim yang di minta oleh Muawiyah untuk berdamai dengan mengangkat al-Quran di mata lembing kerana bimbangkan ramai tentera yang akan terkorban  dan ini merupakan tipu helah Muawiyah kerana merasakan tenteranya akan kalah ketika itu. Penerimaan Sayyidina Ali terhadap tahkim tersebut menyebabkan penyokong-penyokong Sayyidina Ali meninggalkan peperangan tersebut dan masing-masing berpecah kepada tiga kelompok. Maka sikap Sayyidina Ali menerima dasar tahkim itulah yang menjadi punca perpecahan di dalam barisan dan penyokong-penyokong Sayyidina Ali sendiri serta pergaduhan di antara mereka kerana terdapat satu golongan yang menerima dasar tahkim ini manakala golongan lain merasa tidak senang hati.

Daripada perpecahan itu, sebahagian pengikutnya mengisytiharkan tidak setia kepada Sayyidina Ali iaitu puak Khawarij manakala, kelompok kedua dinamakan sebagai Syiah kerana mereka setia kepada Sayyidina Ali dan tidak memihak kepada Muawiyah dan kelompok ketiga pula ialah Jumhur Muslimin yang mana mereka ini tidak terlibat dengan bantahan dan tidak pula memasuki kelompok Syiah.[3] Maka tiap-tiap puak itu masing-masing mempunyai aliran agama yang khusus yang mendatangkan kesan kepada Fiqh Islam yang berlainan.[4]


 



3.0       SYIAH


Syi’ah ialah salah satu mahzab terbesar dalam Islam selepas Sunni. Muslim Syi'ah merasakan Islam tidak sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya. Syi'ah menolak kepimpinan dari tiga Khalifah Sunni pertama malah sebahagian mereka menghina para Khulafa' Ar-Rasyidin sahabat Rasulullah S.A.W ini seperti juga Sunni menolak Imam Syi’ah. Syi’ah merupakan pengikut Ahlul Bait dan Imam Ali. Kebanyakan Sunni Islam mengatakan bahawa mahzab Syi’ah merupakan satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Menurut K.H Sirajuddin Abbas dalam kitabnya I’tiqad ahlussunah wal-jama’ah, kaum Syi’ah adalah kaum yang beri’tiqad bahawa Sayyidina Ali, adalah orang yang berhak menjadi Khalifah pengganti Nabi, kerana Nabi berwasiat bahawa pengganti beliau sesudah wafat adalah Sayyidina Ali.

Lanjutan daripada itu, menurut golongan syi’ah khalifah-khalifah pertama, kedua dan ketiga, iaitu Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar dan Sayyidina Uthman adalah khalifah yang tidak sah serta mereka adalah perampas-perampas yang berdosa kerana mengambil pangkat khalifah tanpa hak dari Sayyidina Ali.

3.1       Latar Belakang Syi’ah


3.1.1    Sejarah Syi’ah


Erti Syi’ah dalam bahasa Arab adalah pengikut. Dari segi istilah yang pula Syi’ah adalah  kaum yang beri’tiqad bahawa Sayyidina Ali adalah orang yang berhak menjadi khalifah pengganti Nabi, kerana Nabi berwasiat bahawa pengganti beliau sesudah wafat adalah Sayyidina Ali. Khalifah tanpa hak dar Lanjutan daripada i’tiqad ini maka khalifah-khalifah pertama, kedua dan ketiga iaitu Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar dan Sayyidina Uthman adalah khalifah yang tidak sah, perampas-perampas ynag berdosa kerana mengambil pangkat khalifah tanpa hak. Latar belakang Syi’ah terdiri pelbagai faktor-faktornya yang tersendiri. Di sini akan disebutkan serba sedikit beberapa latar belakang munculnya golongan Syi’ah ini.[5]

3.1.2    Sayyidina Ali Bukan Syi’ah dan Bukan Imam Kaum Syi’ah sahaja.

Pertamanya, Sayyidina Ali bukan Syi’ah dan bukan imam kaum Syi’ah sahaja. Sejarah telah membuktikan bahawa Sayyidina Ali dan Siti Fatimah ikut membai’ah Sayyidina Abu Bakar menjadi khalifah yang pertama. Selain itu, beliau juga turut berbai’ah bagi khalifah kedua dan ketiga  iaitu Sayyidina Umar Al-Khattab dan Sayyidina Uthman. Beliau tidak mencalonkan dirinya. Andai kata ada wasiat Nabi Muhammad s.a.w kepadanya bahawa yang harus menjadi khalifah sesudah Nabi s.a.w wafat adalah ia sendiri tentulah beliau tidak akan membaiah Sayyidina Abu Bakar, Umar dan Uthman. Andai kata ada wasiat itu tentulah beliau mengemukakan kepada sahabat-sahabat yang berkumpul di Saqifah Bani Sa’idah untuk memilih khalifah yang pertama. Sayyidina Ali mengetahui bahawa Nabi Muhammad s.a.w sebelum wafat tidak ada berwasiat bahawa khalifah sesudah beliau meninggal adalah Ali. Dalam kitab Hadith Bukhari,  iaitu kitab ynag dianggap oleh umat Islam sebagai kitab yang kedua sesudah al-Quran tersebut berbunyi:[6]
عن عبد الله بن عباس أن على بن أبى طالب رضى الله عنه خرج من عند رسول الله صلى الله صلى الله عليه وسلم في وجعه الذي توفى فيه فقال الناس: يا أبا حسن كيف أصبح رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ فقال: أصبح بحمد الله بارئا. فأخذ بيده عباس بن عبد المطلب فقال له : أنت والله بعد ثلاث عبد العصا وإنى والله لارى رسول الله صلى الله عليه وسلم سوف يتوى من وجعه هذا إني لاعرف وجوه بنى عبد المطلب عند الموت. إذهب بنا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فلنسأله فيمن هذا الأمر؟ إن كان فينا علمنا ذلك وإن كان في غيرنا علمناه فاوصى بنا. فقال علي: إنا والله لئن سألنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فمنعناها لا يعطيناها الناس بعده وإنى والله لاأسألها رسول الله صلى الله عليه وسلم. رواه البخاري. فتح البارى. الجزء التاسع. صحيفة 208.

Ertinya:-
Dari sahabat Nabi Ibnu Abbas, keluar beliau mengkhabarkan, bahawasanya Ali Bin Abi Talib keluar dari rumah Nabi ketika beliau sakit dan wafat, maka orang bertanya kepada Sayyidina Ali: Bagaimana keadaan Rasullah? Sayyidina Ali menjawab: Alhamdulillah, baginda beransur sembuh. Pada ketika itu dipegang tangan Sayyidina Ali oleh Sayyidina Abbas bin Abi Mutalib lalu beliau berkata: “ Engkau sesudah tiga hari lagi akan menjadi “hamba tongkat” (akan diperintah orang lain) demi Allah saya tahu keadaan muka anak-anak Abdul Mutalib pada ketika akan wafat. Mari kita masuk kembali kepada Rasullah dan kita tanyakan kepada baginda siapakah gerangan yang akan memegang jawatan ini sesudah baginda meninggal. Kalau kepada kita serahkan maka kita sudah tahu dan kalau kepada orang lain maka kita pun sudah tahu, atau kita desak baginda mewasiatkan untuk kita.
Saidina Ali menjawab: Kalau kita minta dan Nabi tidak memberikannya maka jawatan ini selamanya tidak akan memintanya kapada Rasulullah” (Hadis sahih riwayat Imam Bukhari, Fathul Bari, Juzuk 9, halaman 208).

Nyatalah dalam keterangan yang disebutkan dalam Kitab Bukhari ini, bahawa Sayyidina Ali tidak perhan menerima wasiat dari Nabi untuk menjadi Khalifah yang pertama, bahawa Ali, Abbas dan Ibnu Abbas (Karib-karib Nabi yang terdekat) tidak pernah meminta-minta jawatan Khalifah kepada Nabi. Dapat juga dibuat kesimpulan dari keterangan ini, bahawa Sayyidina Ali bukanlah orang yang berfahaman serupa fahaman Syi’ah yang mengiktikadkan bahawa jawatan Imam adalah dari tunjukan Nabi dan bahawa beliau ditunjukan oleh Nabi untuk jabatan itu.
       
Selain itu, penulis-penulis Islam berpendapat bahawa benih-benih Syi’ah sudah dipunyai oleh sahabat-sahabat Nabi pada waktu beliau masih hidup.[7] Di antara orang yang berfahaman sedemikian adalah terdiri daripada sahabat-sahabat yang utama, iaitu Abu Dzar, Salman Farisi, Muqdad dan lain-lain. Keterangan ini adalah palsu. Ini kerana beliau tidak berfahaman bahawa Nabi berwasiat kepada Sayyidina Ali tentang khalifah, bahawa khalifah harus turun temurun dari anak ke cucu dan lain-lain seperti fahaman Syi’ah.

3.1.3    Mesyuarat di Saqifah Bani Sa’idah

Di samping itu, ketika mesyuarat di Saqifah Bani Sa’idah, yang mana ketika itu hari wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. Spontan sahabat-sahabat terkemuka, orang-orang ansar (orang Madinah) dan orang-orang Muhajirin (orang yang perpindah dari Mekah ke Madinah) berkumpul disini. Ketika ini Sayyidina Ali tidak hadir kerana beliau sibuk di rumah menguruskan jenazah Nabi. Dalam mesyuarat ini, kaum Ansar mencalonkan Sa’ad bin Ubaidah (orang Madinah) untuk menjadi Khalifah, manakala orang-orang muhajirin mencalon Abu Bakar, Umar bin Khattab atau Abu Ubaidah Ibnu Jarrah. Tiada yang mencalonkan Sayyidina Ali mungkin kerana beliau masih muda ketika itu. Sedikit perdebatan yang tajam antara Muhajirin lalu mereka semua bersepakat memilih Sayyidina Abu Bakar menjadi khalifah yang pertama. Memang dapat dikatakan pula bahawa Sayyidina Ali dan isteri beliau Siti Fatimah r.a rasa kurang senang dengan mesyuarat di Saqifah Bani Sa’idah itu kerana mereka ini berpendapat ada lebih baik menyelamatkan jenazah Nabi lebih dahulu daripada berebut Khalifah.

Tetapi sahabat-sahabat Nabi yang utama yang berkumpul di Saqifah Bani Sa’idah berpendapat, bahawa pemilihan Khalifah sangat mendesak dan perlu disegerakan agar kekosongan kuasa pemerintahan dapat mengelakkan hal-hal yang tidak diingini berlaku. Demi untuk menjaga keutuhan dalam lingkungan umat Islam, pemilihan Khalifah pengganti Nabi harus dikerjakan secepat mungkin agar jangan kemasukan angin perpecahan, begitulah jalan fikiran sahabat-sahabat Nabi yang berkumpul di Saqifah Bani Sa’idah ketika itu.[8] 

3.1.4    Sayyidina Ali Membai’ah

Sayyidina Ali dan Siti Fatimah tidak lama sesudah itu lantas membai’ah, yakni mengangkat dan memberikan suara setuju atas pengangkatan Sayyidina Abu Bakar menjadi khalifah yang pertama. Setelah beberapa hari Sayyidina Abu Bakar menjadi khalifah lantas beliau memanggil Sayyidina Ali dan bertanya : “Hai Abu Hassan, apakah saudar tidak suka kalau saya menjadi khalifah pengganti Nabi?. Jawab Sayyidina Ali: “Tidak, Demi Allah! Bukan begitu persoalannya, saya bersumpah tidak akan memakai selendangku sebagai orang yang kematian kecuali untuk hari Jumaat”. Kemudian beliau membaiah dan memberikan suara. Jadi bagi Sayyidina Ali dan Siti Fatimah persoalan Khalifah itu tidak menjadi keberatan.

Khalifah Abu Bakar memerintah selama 2 tahun 3 bulan dan 10 hari. Beliau wafat pada bulan Jamadil Akhir tahun 12 hijrah. Pada ketika itu, beliau mulai sakit, sudah mesyuarat dengan para sahabat Nabi yang lain, beliau menunjuk untuk pengganti beliau sahabat Nabi yang utama iaitu Sayyidina Umar bin Khattab r.a. Semua  menerima calon yang dianjurkan oleh Sayyidina Bakar termasuk Sayyidina Ali. Mereka semua berbai’ah, mengangkat dan menyetujui bahawa Khalifah ke II adalah Sayyidina Umar Al-Khattab. Pada ketika itu tiada seorang pun sahabat Nabi yang tampil mencalonkan Sayyidina Ali, begitu juga tiada siapa pun yang mengatakan bahawa Nabi mewasiatkan supaya khlaifah pengganti beliau adalah Sayyidina Ali. Dalam masa pemerintahannya, Sayyidina Umar bin Al-Khatab pernah pergi ke Baitulmaqdis untuk menyaksikan penyerahan kota itu ke tangan orang Islam dari Kerajaan Romawi Timur. Maka untuk menggantikan beliau di Madinah selama dalam perjalanan beliau memilih Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. kejadian ini adalah satu fakta, bahawa Sayyidina Ali adalah orang patuh kepada Khalifah yang kedua. Pemerintahan Sayyidina a Umar berjalan selama 10 tahun 6 bulan. Beliau wafat pada tanggal 16 Zulkaedah tahun 23 H.

Sebelum beliau berpulang ke rahmatullah maka beliau menunjukkan sebuah panitia untuk memilih pengganti beliau sebagai Khalifah yang ketiga sesudah Nabi. Anggota panitia itu adalah Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a, Saidina Uthman bin Affan r.a, Zubir bin Awwam r.a, Saad Ibnu Abi Waqas r.a, Abdurrahman bin Auf r.a, Talhah bin Ubaidillah r.a, Abdullah bin Umar. Setelah Sayyidina Umar wafat maka panitia ini, termasuklah Sayyidina Ali r.a memilih khalifah, yang kemudiannya jatuh kepada Sayyidina Usman bin Affan r.a. Melihat kejadian sejarah ini bertambah yakinlah kita bahawa Nabi ada berwasiat supaya Sayyidina Ali menjadi khalifah sebagi pengganti beliau, kerana andai kata wasiat itu wujud tentulah Sayyidina Ali akan mengemukakannya dalam mesyuarat ketika pemilihan khalifah yang ketiga.[9]

3.1.5    Abdullah Bin Saba’ Ketua Gerakan Syi’ah

Ketika akhir tahun kekuasaan Khalifah Sayyidina Uthman bin Affan, iaitu sekitar tahun 30 H, ada seorang pendeta Yahudi dari Yaman masuk agama Islam namanya Abdullah bin Saba’. Dia yang mengharapkan kedatangannya ke Madinah mendapat sambutan yang besar sebagaimana yang diharapkan adalah meleset. Ahli sejarah mengatakan kedatangannya ke Madinah adalah bertujuan untuk mengacau Islam dari dalam dan dia tak sanggup mengacau dari luar. Pada mulanya ia benci kepada khalifah Sayyidina Uthman kerana tidak menyambutnya yang membuatkan dia membangunkan gerakan anti Uthman dan berusaha meruntuhkannya dan menggantikannya dengan Sayyidina Ali. Usaha Abdullah bin Saba’ ini mendapat pasaran umat islam di kota-kota besar seperti Madinah, Mesir, Kufah dan lain-lain. Kebetulan pada waktu itu, orang-orang sudah banyak pula yang tidak sesuai dengan Sayyidina Uthman kerana beliau menghilangkan stempel (cincin cap atau lambang kerajaan) Nabi Muhammad s.a.w dan juga beliau banyak mengangkat orang-orang dari suku beliau, iaitu orang-orang Bani Umayyah menjadi ketua daerah. Abdullah bin Saba’ sangat mengagung-agungkan Sayyidina Ali dan sanggup membuat hadis-hadis palsu dan merendahkan Sayyidina Uthman, Sayyidina Umar dan Sayyidina Abu Bakar. Di antara ajaran Abdullah bin Saba’ ialah:[10]

a)      Al- Wisyayah

Erti Al- Wisyayah ialah wasiat. Nabi Muhammad s.a.w berwasiat supaya Khalifah sesudah beliau ialah Sayyidina Ali .

b)      Ar Raj’ah

Maksud Ar Raj’ah ialah kembali, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak boleh kalah dari Nabi Isa. Kalau Nabi Isa kembali pada akhir zaman untuk menegakkan keadilan, maka Nabi Muhammad s.a.w lebih patuh untuk kembali. Sayyidina Ali pun akan kembali di akhir zaman untuk menegakkan keadilan. Ia tidak percaya bahawa Sayyidina Ali mati terbunuh, beliau masih hidup katanya. Berkata seorang ahli tarikh Ibnu Hazm: ‘Bin Saba’ mengatakan pada ketika dikhabarkan kepadanya bahawa Sayyidina Ali mati terbunuh telah meninggal kena tusuk, ia berkata: “ kalau kamu bawa otaknya seribu kali kemari saya tidak percaya bahawa ia telah meninggal. Ia belum mati sebelum ia memenuhi dunia ini dengan keadilan sebagaimana telah dipenuhi orang dengan kezaliman.” Abdullah Bin Saba’ mengajarkan bahawa Sayyidina Ali belum mati  tetapi bersembunyi dan akan kembali pada akhir zaman. Ajaran ini dibawanya dari kepercayaan kaum Yahudi ynag mengajarkan bahawa Nabi Ilyas juga belum mati. Ajaran Ibnu Saba’ inilah yang menjadi kepercayaan kaum Syi’ah bahawa seorang imamnya yang penghabisan belum mati, sekarang masih bersembunyi dan akan kembali pada akhir zaman untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.

c)      Ketuhanan Ali

Ibnu Saba’ juga mengajarkan bahawa dalam tubuh Sayyidina Ali bersemayam unsur ketuhanan yang telah bersepadu dengan tubuh Sayyidina Ali, keran itu beliau mengetahui segala yang ghaib, kerana itu selalu menang dalam peperangan melawan orang kafir, suara petir adalah suara Sayyidina Ali dan kilat adalah senyuman Sayyidina Ali. Pendeknya Sayyidina Ali diangkat oleh Ibnu Saba’ dan orang syi’ah ke atas kedudukan Tuhan. Ibnu Saba’ inilah orang yang menaburkan faham Syi’ah, iaitu yang keterlaluan dalam mengagungkan Sayyidina Ali. Malu melihat ganjilnya pelajaran-pelajaran Ibnu Saba’ ini, maka sebahagian kaum syi’ah mengatakan bahawa Abdullah Bin Saba’ itu sebenarnya orangnya tidak ada, khabar itu hanya dibuat-buat saja oleh orang yang anti Syi’ah tetapi menurut Ahmad Amin, keengkaran orang-orang Syi’ah sekarang tidak berasas, kerana kitab-kitab sejarah Islam yang lama menetapkan adanya Abdullah bin Saba’ ini. Kaum syi’ah mendustakan adanya Abdullah Bin Saba’ ini kerana malu melihat ajarannya yang keji. Tetapi pengaran kitab “Syarah Nhjul Balaghah”, Ibnu Abil Hadid, seorang ulama dan pengarang terulung dari kaum Syi’ah/Muktazilah, wafat tahun 656H mengakui bahawa adanya Abdullah bin Saba’ ini adalah seorang pendeta Yahudi yang masuk Islam yang mengobarkan fahaman Syi’ah Sabaiyah. Di antara Syi’ah Sabaiah ini terdapat seorang yang bernama Mughirah bin Said yang menfatwakan bahawa zat Tuhan bersemayam dalam tubuh Sayyidina Ali. Terdapat juga jaguh Syi’ah bernama Ishak bin Zeid yang menfatwakan, bahawa orang-orang Syi’ah yang sampai ke darjat yang tinggi sudah habis taklif baginya, iaitu tidak perlu sembahyang, puasa dan lain-lain. Nasib Abdullah bin Saba’ ini pada akhir hayatnya menjadi orang buangan yang dibuang oleh Sayyidina Ali sesudah beliau menjadi khalifah.[11]

3.1.6    Gerakan Syi’ah Pada Masa Tiga Orang Khalifah

Dapat dipastikan sekali lagi bahawa pada masa zaman Khalifah Abu Bakar iaitu dari tahun 11 sampai 13H, begitu juga pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab iaitu dari tahun 13 sampai 23H, gerakan dan fahaman Syi’ah tidak ada, kerana zaman itu zaman yang paling dekat dengan zaman Rasullah s.a.w, orang-orangnya adalah sahabat-sahabat Nabi yang berilmu yang tidak mudah dikotak-katikkan oleh fahaman sesat. Para sahabat yang terkemuka umat Islam tidak menerima fahaman Syi’ah ini, apalagi fahaman yang menentang Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar r.a.

Mereka semua berpendapat bahawa pengangkatan Khalifah Abu Bakar adalah sah, pengangkatan Sayyidina Umar adalah sah, pengangkatan Sayyidina Ali adalah sah, pengangkatan Sayyidina Uthman adalah sah, dan Nabi Muhammad tidak ada berwasit tentang siapa yang akan menggantikan baginda jikalau baginda pulang ke rahmatullah. Mereka berpendapat bahawa pengangkatan cara syura, cara musyawarah pada pertemuan Saqifah Bani Sai’dah adalah sesuai dengan tuntutan Islam. Khalifah berganti daripada Sayyidina Umar Al-Khattab kepada Sayyidina Uthman bin Affan dari tahun 25H sampai 35H, Sayyidina Uthman bun Affan adalah seorang yang soleh yang sibuk mengumpul ayat-ayat suci, sehingga dijadikan dalam satu mashaf yang sampai sekarang dinamai Mashaf Uthman r.a, sebagai Kitab suci yang ada sampai sekarang.

Pada 5 tahun yang akhir dari kekuasaan Sayyidina Uthman bin Affan, iaitu dari tahun 30H sampai 35H. Fahaman Syi’ah muncul dan mula mendapat pehatian. Mereka mengatakan bahawa yang berhak menjadi khalifah sesudah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w adalah Sayyidina Ali. Abu Bakar telah merampas hak khalifah yang sah begitu juga pengganti-penggantinya iaitu Umar dan Uthman. Mereka kaum Syi’ah tidak mahu mengucapkan “Radhiyallahuanhu” untuk Abu Bakar, Umar dan Uthman. Tetapi mereka mengutuk ketiga Khalifah itu dengan mengatakan “Qatallahu man Qatala ahlalbait”, ertinya: mengutuk Allah bagi orang memerangi ahli bait (keluarga Rasullah). Mereka menuduh bahawa Abu Bakar, Umar dan Uthman adalah orang-orang yang memerangi keluarga Nabi, memerangi ahli bait. Abdullah bin Saba’ seorang pendeta Yahudi yang masuk Islam pada tahun 35 Hijriyah. Abdullah bin Saba’ seorang pendeta Yahudi yang masuk Islam dan memainkan peranan penting dalam pemberontakan ini.[12]

3.1.7    Sayyidina Ali Diangkat Menjadi Khalifah


Pada ketika khalifah yang ketiga mati dibunuh maka kaum pemberontak, begitu juga umat Islam yang tidak memberontak, sepakat untuk mengangkat Sayyidina Ali sebagai khalifah yang ke keempat. Hanya kaum syi’ah sahaja yang mengagung-agungkan beliau berlebih-lebihan. Umpamanya dikatakan bahawa Sayyidina Ali itu imam yang mendapat wahyu dari Tuhan, Imam yang berpangkat kenabian dan bahkan ada di antara orang syi’ah yang mengatakan bahawa beliau pada hakikatnya adalah Nabi yang dituju oleh tuhan, tetapi Jibril tersalah memberi wahyu sehingga diturunkan Muhammad. Seterusnya pemerintahan dipegang oleh Saidina Ali dari tahun 35H sehingga 40H.[13]


4.0       SEMASA PEMERINTAHAN SAYYIDINA ALI

4.1       Golongan-golongan Yang Timbul Semasa Pemerintahan Sayyidina Ali

Pada masa pemerintahan Sayyidina Ali terjadi hal-hal yang sangat mengecewakan umat Islam bukan disebabkan Sayyidina Ali tetapi akibat situasi dan kehendak sejarah yang sudah akan berjalan begitu. Ada 4 golongan ketika itu iaitu:[14]

a)      Golongan syi’ah dan sebahagian kaum Ahlusunnah di Madinah dan lain-lain kota yang menyokong pengangkatan Sayyidina Ali.

b)      Golongan Sayyidina Mu’awiyah Ibnu Abi Sufyan, gabenor yang diangkat Sayyidina Uthman di Damsyik, Syria yang tidak mengakui Khalifah Ali dan menggangap Sayyidina Ali bersalah dan ikut campur dalam pembunuhan terhadap Sayyidina Uthman. Mereka mengatakan bahawa pengangkatan Sayyidina Ali dilakukan kaum pemberontak dengan paksaan. Golongan Muawiyah di Syria ini mengangkat Sayyidina Muawiyah menjadi khalifah pengganti Uthman bin Affan. Maka terjadilah dua orang Khalifah, yang satu di Madinah iaitu Sayyidina Ali bin Talib dan yang satu lagi sebagai tandingan di Syria iaitu Sayyidina Muawiyah.

c)      Golongan yang ketiga ialah dikepalai oleh Siti Aisyah Ummul Mukminin dan diikuti oleh Talhah dan Zubair, dua sahabat yang utama. Golongan ini tidak mengakui pengangkatan Sayyidina Ali sebagai Khalifah yang ke VI, kerana pengangkatannya dengan paksaan, tetapi tidak menyalahkan Sayyidina Ali dalam soal pembunuhan Sayyidina Uthman.

d)     Golongan keempat dikepalai oleh Sayyidina Abdullah bin Umar anak Sayyidina Umar bin Khattab, Khalifah yang ke II, dan diikuti oleh sahabat lain iaitu Muhammad bin Salamah, Usman bin Zaid, Saad bin Abi Waqas, Hassan bin Thabit, Abdullah bin Salam dan sahabat-sahabat lain. Golongan ini tidak ikut mengangkat Sayyidina Ali dalam pembunuhan terhadap Uthman bin Affan dan juga tidak menyokong Saidina Muawiyyah di Damaskus.

Mereka lebih suka menjauhkan diri daripada politik. Inilah 4 golongan yang timbul sesudah terbunuhnya Sayyidina Uthman bin Affan, pada masa Khalifah keempat Sayyidina Ali bin Abi Talib. Tetapi golongan ini terkecuali kaum Syi’ah, tidak ada yang menjadi firqah.[15]

4.2       Perang Saudara Pertama Dalam Islam

4.2.1    Perang Jamal

Khalifah keempat Sayyidina Ali menghadapi tugas yang berat sekali. Beliau bukan sahaja menghadapi soal-soal negara, soal-soal pertahanan dan pelausan Islam, tetapi juga soal-soal perpecahan dalam negeri. Maka terjadilah apa yang dinamakan “Peperangan Jamal, Perang unta iaitu antara tentera Sayyidina Ali di satu pihak dan tentera Siti Aisyah, Talhah dan Zubair dilain pihak. Peperangan ini terjadi pada tahun 36H iaitu setahun sesudah Sayyidina Ali menjabat pangkat Khalifah. Peperangan ini dinamai “Peperangan Unta” kerana Siti Aisyah Ummul mukminin mengepalai dan menyerahkan askarnya mengendarai unta. Bukan kecil peperangan ini. Sayyidina Ali membawa askarnya seramai 200,000 dan siti Aisyah juga membawa askarnya sebanyak itu. Akhinya Siti Aisyah kalah, Talhah dan Zubair mati terbunuh dan Ummulmukminin di tawan oleh Sayyidina Ali. Tetapi walaupun Siti Aisyah ditawan olah Sayyidina Ali namun beliau tidak dijadikan tawanan tetapi dihormati sebagai ibu dan dihantar kembali ke Mekah dengan segala kehormatan.

Menanggapi Perang Jamal ini terdapat perselisihan faham dari segi hukumnya antara Kaum Ahlussunnah Wal Jamaah dengan Kaum Syi’ah.[16] Kaum Ahlusunnah berpendapat bahawa perselisihan faham antara Sayyidina Ali dan Ummul mukminin Siti Aisyah adalah perselisihan antara seorang Imam mujtahid dengan Imam mujtahid yang dijamin oleh Nabi dalam sebuah hadis bahawa yang ijtihadnya betul dapat pahala dan kalau ijtihadnya tersalah dapat satu pahala. Lanjutan daripada fahaman ini sekalian yang meninggal dalam Peperangan Jamal baik askar Sayyidina Ali mahupun askar Siti Aisyah kedua-duanya mati syahid dan masuk ke syurga yang sama kerana mempertahankan kebenaran agama yang didapati oleh ijtihadnya masing-masing.
Tetapi kaum Syi’ah Imamiyah berfatwa bahawa sekalian orang yang ikut perang Jamal di pihak Siti Aisyah kafir, baik pemimpinnya baik anak buahnya kerana mereka memberontak kepada Khalifah yang sah iaitu Sayyidina Ali, katanya. Begitu juga pada mereka Talhah dan Zubair juga adalah kafir. Dan sebahagian orang Syi’ah Muktazilah berpendapat bahwa sekalian yang di pihak Aisyah adalah salah, akan masuk ke dalam neraka kecuali orang yang taubat kemudiannya. Siti Aisyah dan Talhah dan Zubair adalah orang yang sudah bertaubat dan telah membai’ah kepada Saidina Ali. Oleh kerana itu, ketiga-tiga sahabat ini masuk ke syurga, sedangkan anak buahnya masuk neraka semuanya.

Fahaman yang benar adalah fahaman Alussunah wal Jama’ah yang membenarkan perselisihan ijtihad. Berkata ibnu Ruslan seorang Syafi’e golongan Ahlussunnah dalam kitab Zubad yang masyhur bermaksud:
Apa yang terjadi antara sahabat-sahabat Nabi lebih baik kita diam tidak membincangkannya dengan mendalam tetapi pahala ijtihad kita tetap didapati oleh kedua belah pihak.
Berkata Imam Harmain, seorang ulama sunni dan guru Imam Ghazali setelah beliau mendengar orang syi’ah memperbincangkan peperangan-peperangan antara sesama sahabat dan mengutuk salah satu pihak ynag bertentangan. Bahwasanya Rasullah melarang hal ini. Nabi berkata: Jauhilah olehmu memperbincangkan apa yang tejadi antara sahabatku. Dan beliau berkata lagi: biarkanlah saya menguruskan sahabat-sahabat saya, kalau kamu nafkahkan emas sebesar bukit uhud engkau belum dapat menyamai separuh mereka. Dan berkata Nabi: Sahabat-sahabatku serupa bintang, yang mana sahaja kamu ikuti itu sudah baik, kamu dapat hidayah kerananya. Dan berkata Nabi: kurun yang baik adalah kurun saya, sesudah itu yang dibelakangnya, yang dibelakang lagi, yang dibelakang lagi. Dan di dalam al-Quran Allah telah memuji seluruh sahabat dan Tabiin (Surah At-Taubah: 117).[17] Sesungguhnya telah diriwayatkannya, bahawa Sheikh Hassan Basri tatkala diingatkan orang kepada beliau tentang Peperangan Jamal belaiu berkata: Itu adalah darah yang Tuhan telah menjauhkan dari pedang kita dan kerana itu janganlah dikotori lagi lidah kita dengan darah itu. Kesimpulannya kaum Ahlussunnah menahan diri dan lidah tentang soal sengketa yang terjadi antara sahabat-sahabat yang mulia dan menetapkan bahawa persengketaan itu dilakukan menurut ijtihad mereka masing-masing. Tetapi kaum syi’ah tetap bertegang urat leher. Mereka mengutuk Sayyidina Ali dan mengutk Ummul Mukminin Siti Aisyah, Talhah dan Zubair kerana melawan Sayyidina Ali dalam peperangan Jamal. Mereka menyerupakan Sayyidina Muawiyah, Siti Aisyah, Talhah dan Zubair sebagai iblis yang boleh dikutuk, na’udzubillah.[18]  


Pada tahun 37 H, terjadilah apa yang dinamakn Peperangan Siffin. Peperangan ini adalah peperangan yang besar dan terbukti banyaknya korban. Peperangan ini terjadi di antara Khalifah Ali bin Abi Talib dan Mua’awiyah bin Abi Sufyan. Antara faktor yang pernah dibincangkan oleh Ulama’ terjadinya perang ini adalah:[19]

a)      Tindakan Sayyidina Ali r.a sebaik sahaja dilantik menjadi khalifah seperti negatif terhadap permasalahan paling utama yang dihadapi oleh negara iaitu isu pembunuhan Khalifah Uthman r.a yang lalu. Sebaliknya begitu drastik dalam soal memecat para pegawai kanan negara semasa pemerintahan Uthman bin Affan r.a dahulu, terutamanya para gabenor wilayah.

b)      Mu’awiyah bin Abi Aufyan yang diberi mandat oleh tiga orang khalifah sebelumnya iaitu Abu Bakar, Umar dan Uthman, mentadbir wilayah Syam lebih dari dua puluh tahun turut dipecat tanpa sebarang alasan. Ini menimbulkan huru hara. Orang-orang yang jauh tinjauan politiknya, seperti al-Mughirah bin Syu’bah dan Abdullah bin Abbas r.a turut menasihatkan agar jangan dipecat dulu orang seperti Mu’awiyah, tetapi tidah dipedulikan oleh Khalifah Ali, sebaliknya menjawab dengan tegas:

“Demi Allah, aku tidak akan berikan kepadanya kecuali pedang”
Mendengar jawapan tersebut yang begitu tegas, seoalah-olah membelakangkan segala kepentingan dan pertimbangan lain yang biasanya diambil kira oleh seseorang ketua negara yang berkaliber.

c)      Mu’awiyah yang sudah terkilan dengan pemecatan itu juga mengambil sikap seperti Talhah dan al-Zubair sebelumnya, iaitu sedia memberi ketaatan dengan syarat pembunuh Uthman bin Affan dihukum terlebih dahulu. Sebenarnya sikap Mu’awiyah itu diambil, hasil daripada satu perjumpaannya dengan beberapa orang sahabat Nabi s.a.w, ketua-ketua tentera dan pembesar-pembesar Syam yang sebulat suara berkata: “kita tidak akan membai’ahnya, sehingga dia menghukum pembunuh Uthman r.a atau menyerahkan mereka kepada kita.”

d)     Mu’awiyah bin Abi Sufyan dan orang-orang Syam menganggap Khalifah Ali r.a terlibat melindungi penyokong-penyokong gerakan Ibn Saba’ (Saba’iyah) yang melakukan jenayah ke atas Khalifah Uthman r.a sedangkan orang ramai pada waktu itu menuntut pembelaan ke atas darah Uthman r.a. Dikatakan juga, Mu’awiyah bin Abi Sufyan pada waktu ini adalah orang yang paling kanan dalam keluarga Bani Umaiyah, di mana Khalifah Uthman adalah sepupunya, maka dialah yang paling berhak menunut bela atas kematian Khalifah Uthman itu, diatas dasar ia menjadi walinya. Kemungkinan di atas keluarga inilah, Mu’awiyah meminta Ali r.a sebagai khalifah supaya menyelesaikan dahulu masalah penganiayaan ke atas anggota keluarganya iaitu Uthaman bin Affan, sebelum pihaknya dan keluarganya menyampaikan ketaatannya pula.

Walaubagaimanapun, ini merupakan hanya satu kontroversi yang kecil, menyebabkan berlaku pertempuran di antara kekuatan Sayyidina Ali r.a sebagai khalifah yang sah dengan kekuatan Syam pimpinan Saiyidina Mu’awiyah bin Abi Sufyan bekas gabnornya yang dipecat. Pertempuran berlaku pada bulan Safar tahun 37H di sekitar lembah Siffin.[20]

Ketika pihak Sayyidina Ali hampir menang, pasukan Muawiyah mengikat beberapa kitab suci Al-Quran dihujung tombak mereka sebagai tanda pendamaian. Pada mulanya Sayyidina Ali tidak mahu menerima ajakan ini kerana beliau tahu ini adalah sebagai satu tipu helah pasukan Muawiyah. Akhirnya Sayyidina Ali menerima tawaran “perhentian tembak menembak” dan berhentilah peperangan. Dilantik delegasi kedua belah pihak untuk melanjutkan perundingan. Pada waktu ini lah lahirnya puak Kaum Khawarij. Kaum ini keluar dari Sayyidina Ali dan juga keluar dari Sayyidina Mu’awiyah. Mereka benci kedua-duanya dan tidak menerima perdamaian yang diajukan oleh golgongan Muawiyah.

Sayyidina Ali telah menghantar Jarir bin ‘Abdillah al-Bajali iaitu pemimpin suku Bajilah yang masyhur ke Syria untuk dijadikan sebagai perwakilan rasmi Beliau untuk berunding dengan Mu’awiyah sebagai tanda perdamaian. Namun begitu, Jarir telah membuat perhubungan sulit dengan Mu’awiyah dan telah memihak kepadanya. Tidak lama kemudian Jarir dan pengikut-pengikutnya telah menarik diri daripada Sayyidina ‘Ali. Pada masa yang sama pihak Mu’awiyah juga menghantar wakilnya Abu Musa Khawlani bagi tujuan yang sama. Namun begitu, perundingan ini berakhir dengan kegagalan kerana kedua-dua pihak iaitu Syria dan Iraq tidak bersetuju untuk berkompromi. Setelah perundingan-perundingan itu tidak mendatangkan apa-apa hasil maka kedua-dua pihak telah memutuskan untuk berperang.[21]
Mu’awiyah mempunyai angkatan tentera yang kuat dan tersusun. Mereka terdiri daripada orang Syria yang telah menunjukkan ketaatsetiaan kepada Mu’awiyah sejak awal-awal lagi dan memberi sokongan penuh menentang Sayyidina Ali. Manakala, pasukan tentera Sayyidina Ali adalah terdiri daripda beberapa kumpulan yang mempunyai kepentingan masing-masing. Mereka telah mara ke arah Raqqah dsebelah tebing kiri sungai Furat. Di sana telah berlaku pertempuran kecil antara Mu’awiyah dan tentera Sayyidina Ali dan tentera Sayyidina Ali memacakkan khemahnya di Siffin. Terdapat beberapa perundingan diantara mereka, namun berakhir dengan kegagalan.
Dalam masa tiga bulan, tidak berlaku sebarang peperangan dan perdamaian antara mereka. Tempoh perundingan berlangsung selama 110 hari dan dalam tempoh tersebut, sebanyak 90 pertempuran kecil telah berlaku tanpa berlaku pertempuran yang besar. Di siffin, tentera Sayyidina Ali disusun mengikut kesukuan tetapi bilangan tentera yang terlibat lebih besar daripada bilangan tentera dalam perang Jamal. Tentera Sayyidina Ali terdiri dalam kalangan anggota al-qurra’ yang terbahagi kepada dua kumpulan. Golongan pertama, telah menjadi penyokong-penyokong Sayyidina Ali yang masyhur seperti al-Ashtar, Malik bin al-Harith, al-Nakha’I dan Hujr bin ‘Adi al-kindi di samping golongan Ansar yang diketuai oleh Qays bin sa’id bin Abadah dan Sahl bin Hunaif. Manakala kumpulan kedua, merupakan kontigen yang kurang bersemangat untuk menyokong Sayyidina Ali. Ramai di antara mereka yang tidak hadir dalam perang Jamal.
Apabila penentangan semakin berterusan, orang Syria merasa bimbang kerana mereka sedar dan mendapati bahawa kedudukan tentera mereka semakin bertambah lemah. Demi untuk mengelakkan daripada kekalahan yang lebih teruk, mereka telah mengeksploitasi pepecahan yang wujud di kalangan tentera Sayyidina Ali, yang terdiri daripada tiga kumpulan besar iaitu golongan Ansar, Orang Iraq, dan golongan al-qurra’. Masing-masing mempunyai kepentingan yang berbeza-beza. Kebanyakan golongan al-qurra’ telah menunjukkan sikap tawar hati untuk menyokong Sayyidina Ali dn ini disedari oleh Mu’awiyah sendiri.[22] Orang Iraq khususnya pendatang-pendatang baru dan orang Yaman yang dipimpin oleh al-Ash’ath bin Qays al-Kindi merupakan kumpulan penyokong Sayyidina Ali yang terbesar. Tetapi paling kurang bersemangat dan mereka tidak sanggup berperang sehingga ke akhirnya. Golongan ketiga pula ialah golongan Ansar yang bersekutu dengan anggota Sayyidina Ali dan berperang hanya kerana Sayyidina Ali dan telah berdiri teguh di belakangnya di sepanjang pertelingkahan. Tetapi bilangan tentera mereka kecil jika dibandingkab dengan tentera Iraq dan al-qurra’. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa kebnayakan tentera Sayyidina Ali tidak mahu meneruskan peperangan terutamanya apabila mereka menyedari tentang hakikat bahawa dalam tempoh 110 hari yang dihabiskan di Siffin hanya semata-mata kerana perundingan dan pertempuran-pertempuran kecil yang tidak sampai kepada peperangan yang sebenarnya.
Oleh sebab itu, dilaporkan bahawa sebaik sahaja beberapa salinan al-Quran dijulang maka pertempuran pun berhenti. Ini kerana, tentera Sayyidina Ali tidak lagi bersemangat untuk meneruskan peperangan dan mereka mendakwa masa konflik terlalu lama dan ramai yang tercedera serta kehabisan makanan. Begitu juga pihak Mu’awiyah bersetuju untuk perdamaian hasil desakan pengikut dari orang Syria dan Orang Iraq. Oleh yang demikian, mereka memutuskan untuk menghantara wakil masing-masing untuk menjadi pendamai dan mereka akan bersetuju dengan apa sahaja keputusan yang akan diambil.[23]


5.0       KHAWARIJ

Ketika berlakunya peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman, keadaan menjadi semakin kucar-kacir kerana di saat itu penduduk Madinah sedang sibuk mencari bakal Khalifah yang baru. Pada hari kelima peristiwa pembunuhan Sayyidina Uthman, terdapat empat tokoh daripada anggota majlis tertinggi Syura telah dicadangkan sebagai pengganti Sayyidina Uthman antara mereka ialah Talhah bin ubaidillah, Al-Zubair bin Awwam, Saad bin Abi Waqas, dan Abdullah bin Umar. Namun, akhirnya mereka telah mencalonkan Sayyidina Ali bin Abi Talib yang merupakan sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w untuk menjadi Khalifah.[24]
Al-Ashtar Malik bin al-Harith al-Nakha’I salah seorang pemimpin golongan al-qurra’ telah pergi menemui Sayyidina Ali dan meminta Beliau menjadi Khalifah. Walaupun pada permulaannya Beliau tidak menerima jawatan tersebut, tetapi al-Ashtar terus menggesa sehingga Beliau menjadi serba salah dan menerima jawatan tersebut memandangkan tujuannya adalah untuk memelihara kesatuan Islam dan menyelamatkan empayar Islam daripada menjadi kucar-kacir.[25] Pemerintahan Sayyidina Ali merupakan masa yang merakamkan perselisihan dan bermulanya bibit-bibit perpecahan dalam kalangan umat Islam. Penyokong-penyokong Sayyidina Uthman termasuklah Mu’awiyah gabenor Syria serta penduduk Syria terus-terusan mengatakan Sayyidina Ali menerima jawatan tersebut bukanlah untuk menuntut bela di atas pembunuhan Sayyidina Uthaman sebaliknya menuduh Beliau bersubahat  dengan pembunuh-pembunuh Sayyidina Uthman.

Setelah berlakunya peristiwa Tahkim, rentetan daripada itu golongan qurra’ tidak lagi berminat untuk menyertai majlis tahkim atau meneruskan peperangan bersama-sama Sayyidina Ali. Mereka berpendapat bahawa kedudukan Sayyidina Ali kini sudah kucar-kacir dan tidak lagi terjamin dan peluang untuk mengalahkan Mu’awiyah amatlah tipis. Pada ketika ini, muncullah perpecahan sebenar antara Sayyidina Ali dengan golongan al-qurra’ menjadi golongan yang dinamakan sebagai Khawarij.

Perlu ditekankan disini, bahawa golongan Khawarij merupakan golongan daripada orang-orang Islam yang tidak mematuhi pemerintahan Sayyidina Uthman bin Affan dan membantah sikap Sayyidina Ali di atas persetujuannya menerima konsep tahkim. Mengikut pendapat mereka konsep tahkim itu adalah salah.[26] Oleh yang demikian, persoalan untuk mencari hukum semula itu adalah salah kerana tahkim itu bermakna syak dan setiap syak tidak selaras dengan keimanan. Lalu mereka membawa dasar dan cogan kata yang baru iaitu “tiada hukuman melainkan Allah”.

Oleh kerana mereka tidak mematuhi Sayyidina Ali, mereka telah meletakkan dua syarat untuk kembali patuh kepada Sayyidina Ali iaitu :-

  1. Sayyidina Ali hendaklah mengaku kesalahan dan kekufurannya kerana menerima dasar tahkim.
  2. Meminta Sayyidina Ali membatalkan syarat-syarat perjanjian dengan Muawiyah.

Walau bagaimanapun, Sayyidina Ali tidak menerima syarat tersebut kerana beliau tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Puak Khawarij mengambil tindakan dengan cara setiap kali mereka berkhutbah atau berhimpun mereka akan melaungkan cogan baru tersebut. Setelah mereka kecewa dengan sikap Sayyidina Ali lalu mereka membuat perhimpunan di rumah seorang pemimpin mereka dan pemimpin-pemimpin tersebut berpidato agar mereka tegas dalam pendirian. Kemudian, mereka membuat keputusan untuk keluar daripada kawasan Bandar Kufah dengan menduduki sebuah kampung bernama Hururaa. Semenjak mereka berpindah ke kampung itu puak itu digelar sebagai Hururiah dan digelar juga sebagai mahkamah kerana mereka berpegang kepada cogan kata “tiada hukuman melainkan Allah”.

Di kawasan mereka iaitu Harura’, mereka menyuarakan kemarahan mereka terhadap Sayyidina Ali dan Mu’awiyah dan memutuskan untuk membentuk kekuasaan mereka di bawah pimpinan mereka sendiri. Di antara pemimpin mereka yang terkenal pada ketika itu ialah Shabath bin Ri’I al-Yarbu’I, Abdullah bin Wahb al-Rasibi, Abu Bilal Mirdas bin Udayyah al-Hanzali, Abdullah bin ‘Amr al-Kawwa’ al-Yashkuri dan Yazid bin Qays al-Arhabi. Pemimpin kaum Khawarij ialah Abdullah bin Wahb al-Rasibi. Walau bagaimanapun, kaum Khawarij tidak bersatu padu malah, mereka berpecah belah sesama sendiri kepada beberapa kumpulan lain dan setiap kumpulan tersebut mempunyai pemimpinnya sendiri.
Kaum Khawarij asalnya merupakan orang-orang yang keluar daripada barisan tentera Sayyidina Ali. Mereka terdiri daripada berbagai suku Arab, terutamanya dari suku Tamim dan Bakar bin Qa’il. Mereka kesemuanya adalah peneroka-peneroka atau pendatang awal ke Iraq yang telah melibatkan diri secara aktif dalam penaklukan Negeri Iraq. Kaum Khawarij boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama ialah mereka yang terlibat di dalam kekacauan di Kufah yang membawa kepada pembunuhan Khalifah Uthman. Manakala kumpulan kedua terdiri daripada orang-orang yang tidak terlibat atau tidak memainkan peranan dalam kekacauan di Kufah dan dalam peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman.
Apabila wujudnya pengaruh, mereka menjadi bertambah kuat sehingga muncul dua golongan iaitu golongan pertama mendiami di Iraq dan golongan kedua mendiami di Semenanjung Tanah Arab. Mereka terus memberi penentangan di sepanjang zaman pemerintahan Bani Umayyah sehinggakan menjadi ancaman kepada pemerintahan Abbasiyyah. Walau bagaimanapun, pengaruh mereka di zaman Abbasiyyah tidak sekuat dahulu lagi kerana mereka mengalami zaman kemerosotan dan kelemahan disebabkan ramai pemimpin-pemimpin mereka yang berpecah belah.[27]
           
Sebahagian daripada para pengkaji mendapati golongan yang muncul daripada Khawarij terbahagi kepada empat yang terkenal. Walau bagaimanapun mereka ini berbeza pendapat antara satu sama lain dalam sebahagian perkara. Golongan-golongan tersebut ialah dikenali sebagai Azariqah, Najadad, Ibadiah, dan Sofriah.

Dasar yang digunakan oleh golongan ini ialah dengan melantik jawatan khalifah Islam dan ia mestilah dipilih oleh umat Islam melalui pilihan raya yang bersifat bebas. Calon-calon pula mestilah orang yang bersungguh-sungguh dan layak untuk menyandang jawatan itu tanpa memilih bangsa, dan keturunan.

5.1       Pegangan Utama Golongan Khawarij

Pada dasarnya, terdapat beberapa pegangan dan konsep golongan Khawarij yang berlainan daripada golongan yang lain iaitu khalifah itu tidak perlu dipatuhi kecuali pemerintahannya berjalan di atas landasan Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Golongan khawarij atau dikenali juga sebagai mazhab Khawarij tidak akan berpegang dengan hukum-hukum yang terkandung di dalam hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Uthman bin Affan, Sayyidina Ali bin Abu Talib dan Muawiyah bin Abu Sufyan serta hadis yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabat yang menyokong salah seorang daripada tokoh-tokoh tersebut. Bahkan mereka juga menolak secara keras segala hadis-hadis, pendapat-pendapat dan fatwa-fatwa sahabat.

Walau bagaimanapun mazhab Khawarij hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh orang-orang yang mereka terima pemikirannya dan fatwa-fatwa ulama’ dari kalangan mereka juga. Oleh yang demikian, wujudlah hukum-hukum fiqh yang terasing dan bersendirian.

Bagi tujuan melaksanakan dasar-dasar mazhab, mereka telah menggunakan pelbagai cara kekerasan dan kekejaman untuk menentang atau memusnahkan musuh-musuh mereka.  Melalui pengambilan hukum-hukum syara’ pula, mazhab Khawarij  hanya mengambil nas-nas Al-Quran yang zahir sahaja tanpa mentakwil atau mentafsirkan nas tersebut. Manakala, hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Khalifah Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar sahaja yang digunakan sedangkan hadis-hadis yan diriwayatkan oleh sahabat-sahabat yang lain ditolak.[28]

Terdapat pendapat yang dipegang oleh golongan Khawarij seperti menghukumkan kafir bagi orang yang melakukan dosa besar. Oleh yang demikian, mereka menghukumkan kafir kepada Sayyidina Uthman, Sayyidina Ali, Muawiyah, Abu Abbas dan Umar bin As r.a kerana menerima  dan menjalankan dasar tahkim walhal Al-Quran jelas tidak memerlukan sebarang tahkim.

Antara lain pendapat mereka adalah harus memerangi atau melakukan pemberontakan  terhadap pemerintah yang zalim. Mereka  melakukan pemberontakan dengan cara memprotes di dalam hati. Ini kerana menurut golongan ini pemberontakan terhadap pemerintah yang zalim itu wajib walaupun mereka lemah sedangkan pemerintah mempunyai kekuatan dan kuasa.

Di samping itu, pemilihan jawatan Khalifah itu mestilah bebas dipilih oleh kalangan kaum Muslimin walaupun bukan dari bangsa Quraisy ataupun Arab.Apabila seseorang itu telah dipilih oleh kaum Muslimin maka ianya tidak boleh disingkirkan. Tetapi, jika didapati ia melakukan penyelewengan wajiblah disingkirkan dan jika ia enggan disingkirkan wajiblah dibunuh.

Amalan-amalan seperti solat, puasa, zakat dan seumpamanya dianggap sebagai sebahagian daripada Iman. Maka, keimanan seseorang tidak cukup dengan hanya keyakinan hati dan lidah bahkan ianya hendaklah dibuktikan dengan segala amalan.

Walau bagaimanapun, kesemua ajaran tersebut bukanlah menjadi kesepakatan seluruh Khawarij kerana terdapat beberapa perkara yang hanya tertumpu kepada beberapa kelompok. Antara perkara yang dipersetujui secara sebulat suara adalah mengenai pemilihan khalifah yang dipilih oleh kalangan kaum muslimin dari bangsa Quraisy atau Arab serta pendapat mereka mengenai amalan-amalan seperti solat, zakat, puasa dan sebagainya merupakan sebahagian daripada iman. Perselisihan itu berlaku disebabkan oleh kerana setiap kelompok tidak mempunyai berbagai-bagai pandangan dan pendapat yang pelbagai malah, kebanyakan daripada mereka masih bercorak Badwi iatu sering berlaku pergeseran jika tersalah dalam hal-hal peribadi dan sebagainya.

Puak pelampau Khawarij pada akhirnya mengatakan bahawa manusia tidak memerlukan khalifah dan ketua negara perlulah tunduk kepada pendapat golongan yang ramai iaitu dengan cara melakukan pemilihan bebas dalam kalangan umat Islam sama ada Quraisy, bangsa arab atau selainnya.[29]

Jawatan khalifah hendaklah dibuat secara pilihan bebas. Jika seseorang muslim dipilih menjadi khalifah, ia tidak boleh meletakkan jawatannya. Seseorang khalifah juga tidak semestinya berbangsa Quraisy, malahan jawatan tersebut boleh dipegang oleh sesiapa sahaja walaupun oleh seorang hamba berkulit hitam. Seseorang yang dipilih menjadi khalifah wajib mematuhi perintah selengkapnya, kalau tidak, ia wajib dipecat. Dengan demikian golongan khawarij mempunyai teori yang berlainan daripada syi’ah yang mengkhususkan jawatan khalifah hanya bagi keluarga Nabi SAW sahaja. Ia juga mempunyai teori yang berlainan dengan kalangan Ahl al-sunnah yang kebanyakannya menetapkan syarat berbangsa Quraisy. Walaubagaimanapun, dalam banyak kumpulan, kumpulan Khawarij ini terlalu ekstrim, kerana bersikap segera mengkafirkan orang-orang yang tidak sealiran dengan mereka. Mereka juga mewujudkan beberapa syarat ke atas khalifah, antaranya sekiranya khalifah menyeleweng dari jalan yang baik, dan lari daripada kebenaran, ia wajib dipecat dan dibunuh. Mereka mengharuskan dunia ini berjalan tanpa mempunyai ketua langsung, sekiranya perlu dilantik, ia boleh dilantik daripada seorang hamba atau merdeka atau Quraisy. Risiko daripada teori Khawarij yang memungkinkan rakyat memecat atau membunuh ketua negara yang dirasakan telah melakukan penyelewengan, banyak meninggalkan kesan negatif kepada perlembagaan politik Islam selepas pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. Seorang penulis Pakistan, Khuda Bukhsh berpendapat, bahawa kesan teori ini menggerakkan para pemberontak bertindak membunuh Khalifah Uthman bin Affan r.a apabila disangkakannya dia telah mengubah dan menukar politiknya. [30]

5.2       Majlis Tahkim


Majlis Tahkim ialah sebuah badan yang akan menyelesaikan pertikaian antara Sayyidina Ali dan Sayyidina Muawiyah r.a. Delegasi Sayyidina Muawiyah diketuai oleh Amru bin As’. Delegasi Sayyidina Ali diketuai oleh Abu Musa Al-Asy’ari. Amru bin As’ mengusulkan, demi untuk mencapai perdamaian yang sebaik-baiknya bagi umat Islam dan supaya jangan bertumpah darah dan diserahkan kepada umat Islam untuk mencari penggantinya. Usul ini diterima oleh Sayyidina Ali an Abu Musa Al-Asy’ari. Dalam suatu mesyuarat yang dihadiri oleh ribuan kaum muslimin di Daumatul Jandal, Iraq, keputusan ini diumumkan. Amru bin As minta kepada Abu Musa untuk berpidato dulu kerana usia beliau lebih tua. Abu Musa pun berpidato menerangkan bahawa ia sebagai anggota Majlis Tahkim di puak Ali bin Abi Talib, memberhentikan Ali bin Abi Talib dari jabatannya sebagai khalifah dan menyerahkan pemilihan penggantinya kepada umat Islam.

Golongan Sayyidina Ali sangta marah dan Golongan Muawiyah bertepuk tangan kegirangan. Amru bin As tampil kehadapan dengan tujuan menyampaikan kepada umum bahawa Sayyidina Muawiyah sudah diberhentikan oleh Majlis Tahkim, serupa dengan Ali akan tetapi ketika setibanya diatas podium ia bukan mengatakan hal itu, tetapi ia berkata: “ Hai seluruh umat Islam, saudara-saudara sudah mendengar tadi bahawa Sayyidina Ali sudah diberhentikan oleh utusannya sendiri, maka sekarang yang tinggal hanya satu khalifah sahaja iaitu Sayyidina Muawiyah bin Sufiyan, marilah marilah kita taati beliau bersama-sama!”. Golongan Muawiyah bertepuk tangan kegirangan tetapi golongan Ali marah dan merungut kerana merasa tertipu. Permusahan dan peperangan timbul kembali kerana kepincangan yang terdapat dalam Majlis Tahkim. Orang-orang Khawarij bertambah marah menyalahkan Sayyidina Ali yang menerima tahkim dan mengutuk Sayyidina Muawiyah.[31]  


6.0       SAYYIDINA ALI MATI TERBUNUH

Permusuhan dan perlawanan antara golongan Sayyidina Ali dan Sayyidina Muawiyah berjalan terus. Pada tahun 40H, sesudah 5 tahun Sayyidina Ali menjadi Khalifah, kaum Khawarij yang jahat itu mengadakan komplot untuk membunuh Sayyidina Ali dan Sayyidina Muawiyah sekaligus. Begitu juga, diputuskan untuk membunuh Amru bin As, iaitu Ketua Delegasi Muawiyah yang dianggapnya sebagai penipu ulung. Mereka mengutus Abdurrahman bin Muljan untuk membunuh Sayyidina Ali, Al-Barak untuk membunuh Muawiyah dan Umar bin Bakri untuk membunuh Amru bin As. Pembunuhan telah diatur, iaitu pada waktu subuh yang sama tanggalnya 17 Ramadhan 40H, pada ketika itu mereka hendak keluar sembahyang subuh. Qadar Ilahi berlaku, Sayyidina Ali dapat ditikam oleh Abdurrahman bin Muljan manakala Muawiyah dan Amru tidak dapat dibunuh. Sayyidina Ali bin Talib meninggal pada 17 Ramadhan tahun 40H dan dimakamkan di Najaf, Baghdad.[32]

6.1       Sayyidina Hassan Pengganti Sayyidina Ali


Sayyidina Hassan bin Ali dinobatkan sebagai khalifah yang ke lima pengganti ayandanya. Tetapi dua bulan selepas diangkat ia menyerahkan takhtanya kepada Sayyidina Muawiyyah bin Abi Sufian, demi untuk menjaga kesatuan Islam dan demi menjaga agar darah umat islam tidak tertumpah lagi dalam peperangan saudara. Sayyidina Hasan bin Ali seorang kesatria yang mencintai Islam dan Muslimin dengan sepenuh hatinya. Ia melepaskan haknya sebagai khalifah demi keutuhan dan kesatuan umat Islam. Hal ini sangat pahit bagi golongan syi’ah kerana mereka dikalahkan tanpa perjuangan tetapi dengan muslihat yang buruk iaitu tipu daya dalam Majlis Tahkim. Penyerahan kuasa daripada Sayyidina Hassan kepada Muawiyah juga satu pukulan yang berat bagi kaum Syi’ah tetapi apa boleh buat kerana imamnya sudah bertindak begitu. Oleh kerana itu kaum Syi’ah sangat membenci Sayyidina Muawiyyah dan seluruh Bani Umayyah kerana Saidina Muawiyyah adalah dari suku Bani Umayyah. Terdapat 3 golongan ketika itu: [33]

1.                  Golongan terbesar, golongan yang mengikut Sayyidina Muawiyyah yang menggangap bahawa beliau adalah Khalifah ke VI yang sah. Golongan ini banyak berada di Damsyik, Makkah, Madinah, Mesir dan lain-lain.

2.                  Golongan syi’ah iaitu golongan yang tidak mengakui Muawiyyah sebagai Khalifah ke VI, tetapi mengangkat secara diam-diam Sayyidina Hussein (Saudara Khalifah Hassan) sebagai khalifah ke III. Golongan ini banyak berada di Iraq, Basrah dan Kufah.

3.                  Golongan ke III golongan Khawarij. Iaitu golongan yang anti Sayyidina Muawiyyah dan anti Syi’ah. Golongan ini banyak bertebaran di bahagian wilayah Islam di Iraq dan Persia. 

6.2       Muawiyah Khalifah Ke VI


Pemerintahan Sayyidina Muawiyah bin Abi Sufyan dari Bani Umayah yang berkedudukan di Damaskus berjalan selama 20 tahun dari tahun 40H sampia 60H. Selama beliau memerintah, agama Islam bertambah meluas ke Barat dan Timur. Kaum syi’ah dan khawarij pula yang berada dalam negeri ketika itu ditangkap dan diseksa. Pada waktu beliau akan meninggal tahun 60H beliau mewariskan jabatan Khalifahnya kepada anaknya yang bernama Yazid bin Muawiyyah, seorang anak yang tidak begitu taat kepada agama.[34]

           
7.0       KESIMPULAN

Setelah diselidiki mengenai sejarah kemunculan puak-puak aliran fiqh dalam sejarah perundangan Islam maka dapatlah disimpulkan bahawa kemunculan puak-puak ini adalah disebabkan perebutan untuk merebut jawatan khalifah. Bermula dari bibit-bibit perpecahan yang berlaku diantara tiga pembesar iaitu Talhah bin Abdullah, Al-Zubir bin Al-Awwam, Muawiyah bin Abi Suffian yang merebut jawatan Khalifah sehingga berlakunya pertumpahan darah di dalam peperang Jamal dan Siffin.

            Daripada peristiwa tersebut, maka lahirlah tiga golongan yang mempunyai fahaman serta aliran yang berbeza di dalam sejarah perundangan Islam ketika itu. Setiap golongan-golongan ini mempunyai fahaman serta pemikiran yang berbeza dalam pelbagai perkara seperti menyelesaikan permasalahan ummah, mentafsirkan serta memahami nas-nas Syara’ dan kaedah yang diguna pakai dalam permasalahan furu’ sehinggakan ianya memberi kesan kepada masyarakat sehingga ke hari ini.


                 


::Sharing is Caring::